Madammu Memilih Memberi Makan Anak-Anak Yatim Daripada Membeli Satu Panggung

Shopee CNY Sale



madammu wayang 1

Usahawan kosmetik, Madammu tampil menjelaskan perkara sebenar selepas didakwa membeli kesemua tiket wayang di sebuah pawagam kerana memiliki personaliti introvert.

‘Tak ada orang tengok cerita itu’

madammu pawagam

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menafikan dia dan suami menyewa panggung wayang tersebut hanya untuk mereka berdua.

Pengalaman masuk panggung wayang berdua sebenarnya sangat sunyi dan seram. Mula-mula kami ingatkan kami salah masuk. Kemudian kami keluar dan masuk semula tapi mereka berkata itu adalah dewan yang betul.

Apabila kami masuk rupanya kami baru tersedar, tak ada orang nak tengok cerita itu.

Saya tak tengok filem tu sangat pun, asyik tengok keliling je. Tak best langsung.

Dalam pada itu, usahawan jelita ini juga menjelaskan tentang isu personaliti introvert susulan menerima kecaman daripada warganet.

Dalam Instagram Story (IG), saya kata saya introvert sebab tengok wayang berdua sahaja. Korang ni pun, biarlah saya nak buat IG Story.

Saya sengaja beritahu saya introvert padahal panggung wayang tu kosong.

Madammu juga menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah membazir wang untuk membeli kesemua tiket di pawagam tersebut seperti yang didakwa sebelum ini.

Saya tak sewa satu panggung pun tapi memang kami berdua sahaja. Saya tak akan beli satu panggung tu, tak ada kerja..lebih baik saya bagi makan anak-anak yatim. Baik duduk dekat rumah tengok Netflix lagi bagus.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale