Mak Seronok Pergi Cuti Selama 10 Hari Tetapi Bayi 16 Bulan Mati Kebuluran Di Rumah

Shopee CNY Sale



Seorang wanita mengaku bersalah kerana meninggalkan anak perempuannya yang berusia 16 bulan sendirian di rumah selama 10 hari sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia selepas mengalami kebuluran dan dehidrasi.

Bayi mati kebuluran

Memetik laporan Daily Mail, Kristel Candelario, 32, meninggalkan bayinya di rumah untuk bercuti di Detroit dan Puerto Rico pada Jun 2023 bersama anak sulungnya.

Selepas 10 hari bercuti iaitu pada 16 Jun 2023, Kristel telah pulang ke rumah dan mendapati bayinya itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di di dalam playpen (laman permainan kanak-kanak) yang dipenuhi air kencing dan najis.

Dia yang panik kemudian membuat panggilan kecemasan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak berusia 16 bulan itu adalah disebabkan kebuluran dan dehidrasi.

MENARIK:  [VIRAL] Saharul Ridzwan Berdoa di Depan Kaabah untuk Jodoh – ‘Cuma Saya Sebut Nak Kahwin, Nama Dia Terlintas’

Sementara peguam yang mewakili Kristel mendakwa anak guamnya itu mengalami masalah mental dan kemurungan.

Suspek yang telah dihadapkan ke mahkamah mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara seumur hidup menjelang perbicaraan pada 18 Mac 2024.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale