Home Trending Man Raja Lawak Berjaya Turun 28KG dan Memperlihatkan Penampilan Sado Selepas Mendapat Kritikan, Namun Nafi Bahawa Beliau Telah Menjalani Pembedahan

Man Raja Lawak Berjaya Turun 28KG dan Memperlihatkan Penampilan Sado Selepas Mendapat Kritikan, Namun Nafi Bahawa Beliau Telah Menjalani Pembedahan

0
Man Raja Lawak Berjaya Turun 28KG dan Memperlihatkan Penampilan Sado Selepas Mendapat Kritikan, Namun Nafi Bahawa Beliau Telah Menjalani Pembedahan

[ad_1]



Di Instagram, rata-rata netizen kagum melihat perubahan bentuk badan pelawak, Man Raja Lawak yang semakin sado.

Artikel Berkaitan;‘Daripada Aku Halalkan Baik Aku Bagi Kat Tabung Aman Pales***’– Man Raja Lawak Lega Penyanyi Langsai Hutang RM10,000

Kawal pemakanan

Menurut Man, dia tidak pernah melakukan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya, dia mengakui lebih selesa untuk melakukan senaman dan mengawal pemakanan berbanding membuat pembedahan.

Dalam satu hari saya akan mengambil kira-kira sejam atau dua jam untuk berjalan pada waktu pagi dan petang. Selain bersenam saya juga mengambil produk kesihatan untuk mengawal selera makan sahaja.

Bagi saya untuk menurunkan berat badan bukannya perkara yang mudah dan cara saya menurunkan berat badan adalah secara asli bukan membuat pembedahan. Ada juga segelintir netizen mendakwa saya menghidap kencing manis namun perkara itu adalah tidak benar kerana saya menurunkan berat badan atas faktor menjaga kesihatan serta penampilan diri.

Bercerita lebih lanjut, Man berkata kunci utama untuk menurunkan berat badan ialah sabar.

Kita perlu ada semangat dan kesabaran yang tinggi dalam menurunkan berat badan.

Sekarang, saya lebih yakin dalam pemilihan pakaian kerana ia memberikan semangat kepada saya apabila melihat orang lain yang memakainya kelihatan cantik dan kini saya juga merasakan kecantikan itu dalam diri saya sendiri.

Antara daripada perubahan diri yang ketara misalnya lengan dan kecil, sekarang saya juga rasa seronok sudah boleh pakai baju saiz S dan M dan seluar pun bersaiz 29.

Tambah Man, dia akan berjalan kira-kira sejam ke dua jam sehari. Oleh sebab itu, dia mampu menurunkan berat badan dari 95 kilogram (kg) pada Julai kepada 67kg sekitar Oktober lalu.

[ad_2]