Malang buat seorang tukang gunting rambut apabila terpaksa membotakkan kepalanya hanya kerana seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatannya.
Berang salah potong rambut
Memetik laporan portal Oddity Central, seorang pelancong berbangsa Rusia datang ke sebuah kedai gunting rambut bernama ‘Salute Barbershop’ yang terletak di Pattaya, Thailand untuk menggunting rambut.
Lelaki itu kemudiannya menunjukkan gaya potongan rambut yang diingininya kepada tukang gunting rambut yang dikenali sebagai Supachai dengan menggunakan isyarat kerana dipercayai tidak begitu fasih berbahasa Inggeris.
Namun begitu, pelancong berkenaan kemudiannya dilihat tidak berpuas hati dengan gaya yang dipotong Supachai sebelum bertindak mengambil pencukur dan mencukur rambut tukang gunting itu.
Dia maklumkan bahawa dia tidak menyukai gaya rambut yang saya potong dan bertanyakan di mana rambut panjangnya?
Dia menjadi marah sebelum mengambil pencukur dan mencukur rambut saya.
Saya berasa marah namun tidak berani melawan kerana takut dibuang kerja.
Disebabkan kejadian itu, Supachai terpaksa membotakkan kepala kerana pelancong berkenaan juga telah menyebabkan gaya rambutnya rosak.
Dia juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan berharap agar pelancong Russia itu datang membuat permohonan maaf kepadanya.