[ad_1]
Bersempena Aidilfitri tahun ini, pereka fesyen terkenal iaitu Melinda Looi melancarkan koleksi Raya Melinda Looi 2024 sebagai penghormatan kepada semua pencinta baju kebaya.
‘Cabaya’
Selaras dengan kekayaan budaya dan warisan Malaysia, koleksi yang diberi nama ‘Cabaya’ ini menonjolkan busana kebaya Melayu tradisional yang diberi sentuhan moden bagi menghasilkan versi kebaya lebih kelihatan muda.
Hadir dengan pelbagai gaya dan kombo ‘mix and match’ yang sedia dipakai, koleksi ‘Cabaya’ menggunakan bahan sejuk seperti campuran kapas tulen, baldu dan renda. ‘Cabaya’ juga hadir dengan pelbagai warna menarik seperti merah, hijau gelap, hitam dan putih.
‘Mell Raya Asal Usul’
Selain itu, pada kali ini Melinda turut mempersembahakan rangkaian Mell by Melinda Looi, hasil sentuhan pereka muda iaitu Fara Riad dan Tan Yen Li dibawah pengawasan Melinda sendiri.
Dipanggil ‘Mell Raya Asal Usul’, rekaan ini menampilkan fokus perspektif yang romantis tentang aspek kehidupan seharian.
Bagi koleksi ini, anda akan menemui rekaan lipatan yang digabungkan ke dalam siluet kebaya tradisional, serta cetakan dengan rekaan uniseks berlipat dan berbutang pada bahagian atas baju bagi memberikan keselesaan si pemakai pada musim Raya ini.
Secara eksklusif, para pengunjung boleh mendapatkan koleksi baju raya Melinda Looi hanya di kedai Parkson Pavillion (level 4), Melinda Looi Concept Store di eslite spectrum @ Starhill KL dan Sogo KL atau boleh membuat pembelian di dalam talian di www.melindalooi.com.
[ad_2]