Penyanyi Hael Husaini akhirnya melancarkan album perdananya yang berjudul Antonim Part 1, semalam di The Bee, Kuala Lumpur.
Dah buat kajian
Menerusi sidang media majlis pelancaran album tersebut, sempat bertanya kepada Hael mengenai perkataan ‘celaka’ yang digunakan olehnya dalam lagu ‘Diam’.
Menurut Hael, sebelum dia menulis lagu tersebut, dia sudah membuat kajian terlebih dahulu mengenai pemilihan perkataan. Ujarnya lagi, pemilihan perkataan tersebut adalah disebabkan maknanya yang sebenar dan bukanlah menggambarkan sebarang perkara yang bersifat tidak baik.
Kalau nak diikutkan, perkataan celaka disalah gunakan dalam kehidupan seharian kita. Celaka itu membawa maksud malang dan sebab itu dalam berita, kita guna kecelakaan untuk menggambar sesuatu tragedi.
Saya minta maaf kalau perkataan itu kasar. Kalau boleh kita fikir penggunaannya daripada konteks berbeza dan positif. Kita kena ubah mentaliti itu dengan menggunakan konteks yang betul sebab ia bukan perkataan kesat.
Berbicara lebih lanjut, Hael berkata dia pernah mempunyai hasrat untuk menggunakan perkataan ‘celaka’ dalam lagu-lagu sebelum ini.
Lagu ini sebenarnya tidak diinspirasikan daripada lagu Sial nyanyian Mahalini. Kali ini, saya ikut peredaran zaman dan menggunakan bahasa yang lebih dekat dengan pendengar bagi memudahkan mesej yang hendak disampaikan.
Sekadar info, lagu ‘Diam’ merupakan satu luahan kecewa terhadap seseorang yang suka mengkhianati, orang yang berpura-pura suka terhadap kewujudan orang lain tetapi pada masa yang sama sedang berusaha untuk menjatuhkan orang tersebut dan ingin melihat hidupnya musnah.