Rindu pada orang yang telah tiada menjadi antara intipati penting bait-bait lirik yang digarap dalam lagu terbaharu penyanyi Nomad berjudul Mengejar Cinta.
Mengejar Cinta
Menurut Nomad, apa yang dizahirkan menerusi lagu berkenaan merupakan sebuah kerinduan dan kenangan yang telah pergi buat selama-lamanya sama seperti apa yang dilalui oleh kebanyakkan orang.
Bila bercakap tentang kecintaan dan kerinduan, ia boleh dikaitkan dengan pelbagai kisah yang pernah kita dengar. Dan liriknya juga menceritakan tentang kecintaannya pada sosok yang telah banyak memartabatkan pejuangan untuk seluruh umat-Nya.
Setelah mengharungi satu perjalan yang amat jauh tanpa mengenal erti penat lelah ditemani air mata kerinduan dan akhirnya dapatlah ia melepaskan kerinduan dengan pelukan yang penuh dengan cinta kepada cinta hatinya.
Tambah penyanyi berusia 36 tahun itu, meskipun apa yang tersirat begitu mendalam, namun dia tidak mahu pendengar menjadikan itu sebagai satu perkara yang memberatkan, sebaliknya lirik berkenaan boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian.
Sementara itu, bercerita mengenai pemilihan karya, Nomad berkata dia sebenarnya ingin menjadikan lagu Mengejar Cinta sebuah karya “fast song”.
Bila saya dengar semula dan hayati semula liriknya, datang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semuanya bersatu. Perasan sedih, gembira dan bahagia bercampur baur dan membuatkan saya mahu memahaminya dengan lebih mendalam.
Bila masuk proses rakaman, saya ambil masa selama dua jam untuk memahaminya. Padahal ini merupakan lagu ciptaan saya. Sebenarnya ada perasaan lain dirasai malam berkenaan. Mujur ada guru vokal yang membantu proses berkenaan.
Nomad juga mendapatkan bimbingan vokal daripada J Ratno, Afif Tirmizi dan Rudy Nastia yang turut bertindak sebagai penggubah muzik.
Mengejar Cinta sudahpun dirilis secara rasmi disemua platform digital bermula 16 Februari yang lalu. Lirik video juga boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.