Home Trending ‘Mencari Lelaki Idaman’ – Pengalaman dan Impian Nadia Brian

‘Mencari Lelaki Idaman’ – Pengalaman dan Impian Nadia Brian

0
‘Mencari Lelaki Idaman’ – Pengalaman dan Impian Nadia Brian

[ad_1]



Pelakon Nadia Brian mengaku masih menanti teman hidup yang terbaik buat dirinya

Masih lagi solo

Hampir dua tahun berstatus solo, Nadia memberitahu pintu hatinya untuk kembali melayari bahtera rumah tangga masih belum ditutup. Tambah pelakon ‘Suri Hati’ ini, dia belum bertemu jodoh yang tepat dan kebanyakan lelaki yang hadir dalam hidupnya hanya sekadar rakan biasa.

Saya belum bertemu dengan lelaki yang menepati cita rasa dan pilihan yang saya impikan. Saya masih lagi solo, namun bersedia untuk berkawan dengan sesiapa. Malah saya tidak menolak sekiranya diberikan peluang untuk berkahwin sekali lagi.

Ujar Nadia, dia seronok menikmati kehidupan sekarang selain mempunyai lebih waktu untuk dirinya.

Selain sibuk bekerja saya juga cuba membahagikan masa antara kehidupan di dunia dan akhirat. Saya bukanlah wanita yang sempurna. Saya ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya perlahan-lahan cuba melakukan apa yang terbaik untuk diri saya sebagai persiapan apabila sudah tiada nanti.

Sekarang ini saya aktif mengikuti kelas mengaji sebagai bekalan di akhirat nanti.

Disoal mengenai matlamat untuk tahun ini, Nadia sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sebenarnya saya baru saja bertemu dengan Prof Madya Aminah Abd Rhapor yang merupakan pensyarah di UiTM. Kami bekerjasama dalam sebuah projek teater baru-baru ini.

Saya ada bertanya mengenai keinginan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana dalam bidang lakonan.

Saya sedar sebagai penggiat seni saya perlu memberi sumbangan kepada generasi akan datang supaya industri kreatif terus diangkat.

Pada pertemuan bersama Aminah, beliau sangat menyambut baik dan minta saya membuat pendaftaran pada tahun ini.

The following two tabs change content below.

[ad_2]