Menempatkan Kepercayaan pada Hafiz Namun Tetap Waspada – Syafiqah Aina

Shopee CNY Sale



hafiz aina

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Syafiqah Aina menyatakan dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suaminya, Hafiz Mahamad dalam rumah tangga yang dibina.

Percaya Hafiz

NetizenHarapHafizMahamadTakKahwinDua

Ketika ditemui , Aina berkata dia yakin Hafiz yang juga merupakan seorang ‘influencer’ tidak akan berlaku curang dengan wanita lain.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap menyimpan perasaan ‘insecure’ serta lebih berhati-hati menjaga keharmonian keluarga.

Masa saya kenal dia, saya letakkan kepercayaan kepada dia tapi tetaplah berhati-hati… kita perempuan kan, mesti ada rasa insecure dan tak selamat kan.

Tapi saya rasa, saya percaya yang dia.. Insya-Allah tak akan buat benda itu (curang). Kita sama-sama dalam perhubungan ini, sama-sama berusaha untuk tidak ke arah itu.

Sebelum ini, Hafiz memberitahu dia sentiasa mengingatkan Aina agar sentiasa memeriksa telefon bimbitnya bagi mengelakkan timbul isu ‘main kayu tiga.’

MENARIK:  Netizen Tanya Mengenai Keadaan Anak, Shakilla Khoriri Jelaskan Bahawa Ameena Sedang Berada Bersama Ayahnya dan Mereka Sedang Menikmati Masa Bersama

Menurut Hafiz, biarpun dia tidak melakukan perbuatan tersebut namun dia mahu isterinya tidak terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya.

Sebelum ini, netizen menasihati Hafiz agar tidak menduakan isterinya selepas kontroversi pempengaruh Aliff Teega yang mengakui sudah berkahwin dua.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale