Pelakon Puteri Sarah Liyana akui sebak melihat foto anak lelakinya, Syaikhul bersama bapanya, Megat Kamarudin dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam.
Sebak
Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada bapa dan bapa mentuanya kerana sudi menemani Syaikhul untuk perlawanan bola sepak.
Saya tak tahu kenapa tetapi gambar ini buat saya rasa sedih. Terima kasih baba (Megat Kamarudin) dan papa (Yusof Haslam) teman Syaikhul punya perlawanan bola sepak.
Dalam hantaran sama, aktres berusia 39 tahun itu turut menitipkan pesanan buat anaknya.
Syaikhul Islam, awak ada dua figura hebat yang akan menjaga dan sayang awak walau dalam apa jua keadaan.
Pada 14 Jun tahun lalu, Puteri Sarah dan bekas suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.