Pelantun suara ‘Menahan Rindu’ Wany Hasrita mengakui sukar menguruskan cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman sendirian memandangkan suami, Mohd Al Adib Fahmi bertugas sebagai juruterbang di Kuching, Sarawak.
Sukar berjauhan
Menerusi temu bual bersama Wany berkata, Aishah merupakan anugerah yang paling indah dalam hidupnya. Tambah Wany, dia jarang berjauhan dengan anaknya itu kecuali apabila terpaksa pergi kerja di tempat yang jauh.
Aishah adalah anugerah paling indah dalam hidup saya, walaupun tidak dinafikan struggle juga menguruskannya kerana Aishah terlalu manja dan sentiasa mahu saya bersama dengannya. Alhamdulillah, saya seronok.
Saya sukar berenggang terlalu lama dengan Aishah apabila keluar bekerja kerana cepat berasa rindu. Kalau kerja boleh bawa anak, saya akan bawa bersama. Ada berapa kali saya terpaksa tinggalkan dia, itupun saya rasa lain. Saya akan video call tengok keadaan dia macam mana.
Dulu masa bujang, fokus memang pada kerja. Tapi sampai masa apabila sudah berkahwin dan ada anak, tanggungjawab sebagai ibu kepada anak lebih diutamakan.
Cuma, apa yang saya rasa mencabar bukan sebab suami jauh tapi, Aishah sekarang ada anxiety separation, yang mana kalau saya nak pergi dapur pun dia menangis dan kenalah bawa dia duduk tepi saya juga, kata Wany ketika ditemui di majlis Meet & Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38).
Disoal sama ada mempunyai perancangan untuk menetap bersama suami di Sarawak ataupun tidak, Wany memberitahu dia masih belum ada perancangan untuk menetapdi sana.