Home Trending Menjejaki Kedai Crepe Kieda: Cabaran Peniaga Kecil di Kampung Yang Mempengaruhi Jualan

Menjejaki Kedai Crepe Kieda: Cabaran Peniaga Kecil di Kampung Yang Mempengaruhi Jualan

0
Menjejaki Kedai Crepe Kieda: Cabaran Peniaga Kecil di Kampung Yang Mempengaruhi Jualan

[ad_1]



Pempengaruh yang juga merupakan pengusaha makanan terkenal, Kieda Crepe meluahkan rasa sedih apabila perniagaannya pada minggu ini kurang mendapat sambutan.

Ramai peniaga terkesan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra mendedahkan bahawa bukan perniagaannya saja yang terkesan, malah peniaga-peniaga kecil di luar sana juga turut terkesan.

Menurut Kieda, ramai peniaga kecil yang turut meluahkan rasa yang sama apabila dia membuat satu hantaran di Facebook.

Kieda ingat Kieda seorang saja yang meniaga terkesan minggu ini. Rupa-rupanya lepas Kieda update di Facebook, ramai gila peniaga yang kena benda sama.

Ada yang beritahu mereka meniaga dalam kampung lagi terkesan, tiada orang langsung.

Malah yang meniaga air tepi jalan juga terkesan, selalunya habis empat hingga lima balang sehari, hari ini nak habis sebalang pun payah. Hari ini tak habis langsung sebalang.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata, sekarang merupakan satu fasa di mana orang ramai perlu menyimpan duit disebabkan keperluan hidup yang tinggi.

Oleh itu, Kieda berpesan agar peniaga diluar sana mengambil tindakan dengan mengurangkan kuantiti barang yang dijual, namun pada masa yang sama tetap mengekalkan kualiti makanan tersebtu.

Sekarang ini fasa orang tengah susah payah simpan duit sebab anak sekolah, nak puasa dan nak raya. Jadi sekarang fasa kita sebagai peniaga untuk kurangkan kuantiti.

Kieda selalu pesan dekat vendor untuk kurangkan kuantiti dan jaga kualiti sebab makanan ni kalau orang kata sedap dia akan tetap cari walaupun orang takde duit.

Orang kalau betul-betul teringin dia akan simpan duit dan akan tetap datang beli. Cuma yang penting kualiti dan jaga kuantiti.

Dalam masa yang sama, usahawan berusia 27 tahun itu turut mengingatkan kepada peniaga lain untuk tidak tamak dalam perniagaan.

Bukan itu sahaja, Kieda juga turut mendoakan agar peniaga lain dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Jangan tamak. Insya-Allah semoga kita dimewahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat

Video

@hqkiedacrepepenang

Hang okay dak tu? Sabar . Jangan putus asa okay? #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang

? Sampai Menutup Mata Violin – ExBrecket

[ad_2]