Menyediakan Motivasi untuk Anak-anak agar Rajin Belajar: Wanita Beri Tuisyen dan Peperiksaan SPM

Shopee CNY Sale



Demi memberi motivasi kepada anak supaya rajin belajar, seorang wanita sanggup berkorban masa dan tenaganya untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Nak beri motivasi kepada anak

Menurut Norazah Spiji, dia mengikuti kelas di pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI dengan mengambil sembilan mata pelajaran.

Ujar wanita berusia 48 tahun ini lagi, keputusan tersebut dibuat bagi tujuan mengubah sikap anaknya, Muhammad Haziq Asyraf yang tidak mahu belajar. Jelas Norazah, anaknya itu hanya gemar bermain permainan video dan telefon bimbit sahaja.

Niat saya adalah nak ajar anak dan beri motivasi kepada dia. Sebabnya, dia memang suka main ‘game’ sampai lewat malam, telefon bimbit. Saya suruh belajar, dia tak nak. Jadi, saya fikir macam mana nak ajar dia. Saya pun tak pandai.

Bukan apa, saya takut keputusan SPM dia nanti tak melayakkan dia untuk sambung pelajaran. Jadi, saya cakap pada diri kenapa tidak saya ambil juga SPM. Maka, saya pun mengikuti kelas dalam talian yang dibuat PTTI.

Memandangkan anak duduk di asrama, dengan cara ini saya boleh bantu dan dalam masa sama dapat ajar dia dalam pelajaran menggunakan nota yang ada.

Wanita yang berasal dari Sarikei, Sarawak, ini turut berkata, dia tidak menyangka akan memperoleh keputusan 3A, 3B, 2C dan 1D dalam peperiksaan tersebut.

Gred A membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu (A-), Sejarah dan Matematik (A).

Saya sangat gembira dan bersyukur sangat. Tak sangka boleh dapat banyak A. Rakan saya semua pun cakap perkara sama. Memang terkejut.

Saya pilih program Selekoh Akhir PTTI sebab dapat tahu ramai pelajar dapat banyak A belajar di sini. Kalau saya belajar sendiri tak faham pula. Alhamdulillah, selama tiga bulan saya mudah ingat dan faham.

Ketika itu dalam fikiran tak terfikir pun nak dapat A dalam Matematik. Apatah lagi dengan umur saya ini, memang cepat lupa. Tapi, saya cuba juga.

Hasil daripada pengorbanan dan kerja keras Norazah itu, anaknya turut berjaya mengubah keputusan peperiksaan percubaan yang sebelum ini 6G ke 3A.

Saya berharap anak saya akan lebih berjaya pada masa hadapan. Terima kasih semua cikgu di PTTI yang membantu saya.

Dalam pada itu, hantaran video dimuat naik di TikTok Sir Race yang juga tenaga pegajar di PTTI memaparkan keterujaan Norazah ketika membuat semakan keputusan SPM pada 27 Mei lalu.

MENARIK:  Kejayaan Mengecap Tawaran Super Sales Deals 9.9 Untuk Pembelian HUAWEI MatePad Baru. Peluang Menangkan Hadiah Percuma Bernilai RM500!

Dipaparkan bagaimana Norazah dalam keadaan berdebar sambil dikelilingi oleh rakan sekerja yang turut teruja menunggu keputusan itu.

Video

" data-video-id="7374282990244908306" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@sir.race

Replying to @Ida Waktu Ibu tengah check result SPM.. Follow Sir Race sekarang untuk Tip Belajar ? #SPM #ResultSPM #PTTI

? original sound – Sir Race PTTI ?? PakarSPM.com – Sir Race PTTI ?? PakarSPM.com

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale