Home Trending Mereka Membatalkan Perkahwinan, Membuat Pengantin Terkejut – “Mereka Berpesan agar Tidak Memisahkan Keluarga Suami dan Isteri”

Mereka Membatalkan Perkahwinan, Membuat Pengantin Terkejut – “Mereka Berpesan agar Tidak Memisahkan Keluarga Suami dan Isteri”

0
Mereka Membatalkan Perkahwinan, Membuat Pengantin Terkejut – “Mereka Berpesan agar Tidak Memisahkan Keluarga Suami dan Isteri”

[ad_1]



 

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila keluarga mentua lebih mengutamakan bekas kekasih suaminya kerana sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Kecewa seorang menantu

menantu tak jadi

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian di platform X, wanita tersebut mendedahkan bahawa keluarga mentua memberi layanan istimewa terhadap bekas kekasih suaminya itu sehingga dia berasa terpinggir.

Walaupun hubungan mereka sudah berakhir, namun wanita tersebut tetap kecewa dengan tindakan keluarga mentua yang tidak menjaga hati dan perasaanya.

Saya nampak seorang perempuan masuk dan dia masuk dengan sedara-sedara sebelah suami saya. Saya tahu perempuan itu bekas teman wanita suami.

Masa dah sah.. nak bergambar dengan famili sebelah suami, adik-adik dia tarik tangan perempuan tu untuk bergambar dengan keluarga dia sekali. Tapi okay dia tak nak. Saya gembira lah.

Tapi lepas habis adik dia cakap dekat perempuan tu “kakak gambar lah sekali dengan abang dengan ibu ayah”. Saya terpaksa senyum, dan bila dia datang dekat..bapa mentua saya boleh cakap “patutnya kau yang dalam gambar ni nak, sebelah Aqmal”. Hati saya hancur gila sumpah.

Majlis persandingan bertukar menjadi hari duka kepada wanita berkenaan apabila dia sedar hubungan akrab antara mereka tidak dapat dipisahkan meskipun tiada jodoh.

Ya saya tahu, dia tu memang kesayangan ramai. Pak cik mak cik dan ibu bapa dia siap bagitau saya jangan pisahkan famili suami dengan perempuan tu. Dia bukan sekadar menantu tak jadi tapi dah anggap macam anak.

Saya sedih gila. Saya rasa dah buat keputusan yang salah. Saya tak tau nak buat apa. Sumpah mood nak sanding pun hilang. Saya menantu dia orang kot, perempuan tu menantu tak jadi.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet turut sedih dengan nasib yang menimpa wanita itu selain menasihatinya supaya berbincang mengenai masalah tersebut bersama suami.

The following two tabs change content below.

[ad_2]