Mufti Pulau Pinang Meminta Maaf Kepada Tok Ti – ‘Hanya Memberi Pandangan Mengenai Konsert yang Terlalu Dekat dengan Ramadan’

Shopee CNY Sale



Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, beliau tidak sama sekali mempertikaikan mengenai niat atau tujuan di sebalik penganjuran konsert ‘Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’.

Mohon maaf

Menurut Dr Wan, beliau hanya fokus berkaitan tarikh konsert yang terlalu hampir dengan bulan Ramadan. Bagi beliau, mengadakan konsert pada hari menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpu perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

Sepatutnya dalam waktu sedemikian umat Islam digalak bagi membuat persiapan rohani secukupnya untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia itu.

Walau bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi serta mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani, bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera.

Berbicara lebih lanjut, Dr Wan memberitahu, beliau ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu Muslim atau bukan Muslim.

Ia berikutan mufti bukanlah seorang maksum atau terpelihara daripada kesalahan dan pandangan mufti bukan seperti ayat al-Quran atau hadis sahih yang tidak boleh dibantah mana-mana penganut agama Islam.

Katanya, teguran itu adalah secara ikhlas demi kebaikan umat Islam, bukan bagi mencari populariti atas kepentingan diri.

Jadi terserah kepada pihak berkaitan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberi atau menolak berdasarkan pertimbangan masing-masing.

Cuma perlu diketahui, sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat.

Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas saja, tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat.

Dalam masa sama, Dr Wan turut mengambil peluang bagi menerangkan bahawa beliau amat berlapang dada mengenai hiburan dan aktiviti seni umumnya.

Inilah pendirian saya yang konsisten walaupun tahu ada sebahagian ulamak yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram dan berdosa.

Akhir kalam, menyedari kekerdilan diri sebagai seorang hamba Allah, saya dengan segala keinsafan memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan polemik yang tidak jangka.

Sebelum ini, penyanyi nombor satu negara itu nekad meneruskan penganjuran konsert berkenaan yang dijadualkan berlangsung tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan.

MENARIK:  Huawei MatePad Baru, MatePad T 10, Watch Fit & FreeLace Pro Kini Tersedia di Malaysia!

Menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti Nurhaliza iaitu Yayasan Nurjiwa, pihaknya menjelaskan tujuan utama konsert diadakan bagi mengumpul dana untuk disalur kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan teguran Wan Salim supaya Siti Nurhaliza menunda konsert solo yang dijadualkan pada 9 Mac depan sebagai menghormati ketibaan Ramadan.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale