Mungkinkah Melakukan Ibadah Puasa Enam Ditambah Puasa Ganti Bersamaan?

Shopee CNY Sale



Puasa merupakan salah satu ibadah yang mempunyai kedudukan begitu penting di sisi Islam.

Selain berpuasa di bulan Ramadan, terdapat juga beberapa puasa sunnah yang sangat disaran untuk dilakukan dan salah satunya adalah puasa enam hari pada bulan Syawal.

Namun begitu, timbul satu persoalan yang bermain difikiran orang ramai iaitu adakah boleh sekiranya puasa enam itu disekalikan niatnya dengan puasa ganti (qada)?

Penjelasan

Menerusi laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat mengenai isu menggabungkan niat di antara puasa qada Ramadan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

Imam Ramli Rahimahullahu Taala menyebut bahawa dia pernah ditanya mengenai puasa Ramadan dan qada di bulan Syawal, adakah berhasil qada puasa Ramadhan dan pahala puasa enam hari pada bulan Syawal dilakukan secara serentak?

Imam Ramli Rahimahullahu Taala menjawab:

Bahawa berhasil puasa qada Ramadannya walaupun dia gabung niat puasa qada Ramadannya dengan puasa yang lain.

Dan berhasil pahala puasa enam hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).

Dalam pada itu, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala menjelaskan lagi mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib:

Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.

Imam Ramli Rahimahullahu Taala kemudiannya berkata:

Dan sekiranya berpuasa pada bulan syawal, puasa qada, nazar atau selain daripada keduanya atau seumpama dengannya, seperti berpuasa pada hari Asyura maka telah dapat pahala puasa sunat itu baginya, seperti yang telah difatwakan oleh bapanya (bapa kepada Imam ar-Ramli).

Begitu juga oleh al-Barizi, al-Asfahuni, An-Nasyizi, al-Faqih Ali Soleh al-Hadrami dan selainnya tetapi ia tidaklah mendapat pahala yang sempurna ke atas yang dituntut.

Walaupun begitu, orang ramai perlulah mengambil perhatian bahawa maksud terhasilnya pahala puasa sunat enam Syawal apabila dimasukkan sekali dengan puasa fardu adalah pahala semata-mata pahala sunat bukannya pahala yang sempurna.

MENARIK:  [VIDEO] Warga Asing Menghulurkan RM4,000 Ke Kampung, Hanya Menggunakan RM200 Untuk Keperluan Diri – 'Saya Tidak Membeli Pakaian atau Seluar Baru'

Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, adalah lebih afdal sekiranya seseorang itu mengasingkan ibadah puasa qada dan puasa enam di bulan Syawal.

Namun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang daif.

Dan harus diingatkan bahawa menyegerakan qada puasa itu adalah satu sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama sekali kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale