Home Trending Naqiu Berkongsi Tentang RM15k yang Beliau Jumpa Dalam Buku Teks & Beg Sekolah

Naqiu Berkongsi Tentang RM15k yang Beliau Jumpa Dalam Buku Teks & Beg Sekolah

0
Naqiu Berkongsi Tentang RM15k yang Beliau Jumpa Dalam Buku Teks & Beg Sekolah

[ad_1]



Menerusi program ‘Show Dalam Bilik’ bersama Amat Larbsib, penyanyi Naqiu berkongsi mengenai zaman kegemilangannya sewaktu menjadi anak seni.

Memang nakal sangat

Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib mengaku pernah membawa duit berjumlah RM15,000 dalam beg sekolah miliknya.

Menurut Naqiu, duit tersebut merupakan sebahagian daripada hasil pendapatan yang diraih ketika umur belasan tahun dan menjadi vokalis kumpulan Boboy.

Ujar Naqiu, kejayaan yang dicipta sewaktu usia muda itu menyebabkannya menjadi seorang pelajar yang nakal dan ‘besar kepala’.

Kebanyakan budak umur 16 atau 17 tahun baru nak kenal dunia. Sewaktu itu, saya sudah miliki segala benda yang orang sepatutnya dapat ketika usia mereka 25 atau 30 tahun.

Jadi waktu itu memang saya macam nakal gila. Yang saya ingatlah, (paling banyak) pernah bawa RM15,000 dalam beg sekolah. Masa itu, zaman 2002 atau 2003.

Pelantun suara ‘Demi Masa’ ini turut memaklumkan, dirinya langsung tidak memikirkan soal pembelajaran pada waktu itu.

Jelasnya lagi, dia enggan menyimpan pendapatan yang diperolehnya di dalam bank kerana mahu mengawal perbelanjaannya sendiri.

Saya sudah tidak fikir pasal pelajaran masa itu. Dalam buku teks pun ada duit. Di dalam beg sekolah, saya hanya bawa dua atau tiga buku teks sahaja. Yang lain semua duit. Tak mahu letak duit itu dalam bank.

Macam saya cakap tadi, waktu itu saya sudah mula besar kepala. Perkara ini bukanlah terjadi masa awal-awal popular dalam umur 15 tahun itu.

Tetapi terjadi setahun selepas itu. Sebab duit yang saya dapat tidak pernah berkurang. Malah semakin bertambah. Kau nak fikir apa lagi masa itu.

Menerusi temu bual tersebut juga, Naqiu memberitahu bagaimana kehidupannya berubah selepas albumnya sendiri tidak mendapat sambutan sewaktu perbelanjaannya semakin meningkat.

Di akhir temu bual, Naqiu berkata, dia mula menyedari realiti sebenar kehidupan serta tanggungjawab lain yang perlu digalasnya sebagai orang dewasa.

Video

@showdalambilik

Kisah perjalanan hidup @Naqiu Mohd sepanjang bergelar anak seni #naqiu #showdalambilik #official

? original sound – Naqiu Mohd – Naqiu Mohd

The following two tabs change content below.

[ad_2]