Home Trending Nasihat Ustaz Kazim Elias: Jangan Takut Menguruskan Jenazah Keluarga

Nasihat Ustaz Kazim Elias: Jangan Takut Menguruskan Jenazah Keluarga

0
Nasihat Ustaz Kazim Elias: Jangan Takut Menguruskan Jenazah Keluarga

[ad_1]



Datuk Muhammad Kazim Elias

Pendakwah terkenal, Datuk Muhammad Kazim Elias berharap stigma negatif dan perasaan takut kepada jenazah tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

Berani uruskan jenazah

Datuk Muhammad Kazim Elias

Menurut Kazim,  jenazah perlu dikasihi dan diuruskan dengan secepatnya untuk pengebumian oleh waris terdekat.

Dahulu hendak urus jenazah ambil masa lambat sebab ada barang yang perlu dijahit seperti sarung bantal.

Selain itu, kalau tiada siapa yang datang, ada ahli keluarga tidak berani mandikan jenazah.

Selagi tidak datang orang yang arif datang menguruskan jenazah, ahli keluarga tidak berani untuk berbuat apa-apa.

Jadi setiap rumah hari ini perlu ada set pengurusan jenazah dan tidak perlu lagi ke kedai runcit dan serbaneka untuk beli barang seperti bunga mawar dan kapur barus.

Kazim berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran set Kain Kafan Edisi Datuk Kazim Elias: Satu Rumah Satu Keperluan yang merupakan kerjasama dengan KAF Digital Media di Bangi, baru-baru ini.

Melanjutkan bicara, Kazim memberitahu, ilmu pengetahuan termasuk asas untuk menguruskan jenazah perlu diperluas dengan mengadakan kursus percuma kepada masyarakat.

Usaha fardu kifayah itu dapat membantu waris terdekat untuk menguruskan jenazah dengan sempurna.

Kesedaran uruskan jenazah

Datuk Muhammad Kazim Elias

Sementara itu, ketua Pegawai Eksekutif KAF Digital Media, Khairul Sani berkata, pihaknya mendapat inspirasi untuk memperluaskan produk jualannya selepas menyedari kurangnya pendedahan tentang kepentingan penyediaan awal set pengurusan jenazah di setiap rumah.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati tetapi sejauh mana persediaan kita yang masih hidup ini dalam menghadapinya.

Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan keperluan dalam menjalankan tanggungjawab fardu kifayah ini.

Membawa cogan kata ‘Satu rumah, Satu keperluan’, KAF Digital Media komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama Islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah di setiap rumah.

Buat permulaan, sebanyak 1,500 set lengkap pengurusan jenazah edisi Datuk Kazim Elias kini sudah berada di pasaran bermula Rabu lalu.

Menariknya, set ini didatangi lengkap dengan 22 jenis item antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi yang mana boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan wanita.

Harga bagi setiap set hanya RM249 dan pembelian boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com atau penghantaran hanya di sekitar Lembah Klang.

Selain Khairul, KAF Digital Media yang ditubuhkan pada tahun lalu diasaskan oleh tiga lagi pengarahnya, Anas Abd Rahman, Ahmad Fawzan dan Khairul Manaf di mana setiap pengeluaran set itu dikeluarkan sendiri dari kilang milik KAF Digital Media yang terletak di Desa Coalfields, Sungai Buloh.

The following two tabs change content below.

[ad_2]