Korang pastinya suka kalau dapat panduan atau tips untuk sesuatu perkara. Haa, kali ini kami nak kongsikan panduan untuk korang yang menggunakan atau ingin menggunakan peranti daripada HUAWEI.
Ada 4 perkara penting yang perlu korang take note dan ianya dijamin dapat memberikan pengalaman paling awesome bila korang menggunakan mana-mana peranti HUAWEI.
Pelbagai kelebihan bila korang guna peranti HUAWEI
Selain dapat merasai pengalaman menggunakan peranti yang hebat, pengguna HUAWEI juga akan menikmati banyak faedah yang best tau. Antaranya ialah :
1. Percuma ruang penstoran
Korang dapat ruang penstoran bersaiz 50GB, 200GB atau sehingga 2,048GB* di HUAWEI Cloud selama sebulan. Ianya percuma untuk korang antara 1 Julai sehingga 31 Disember 2020*. Korang boleh menebus hanya dengan beberapa langkah mudah ni.
LANGKAH 1 : Pilih ‘Upgrade Storage’
LANGKAH 2 : Pilih saiz penstoran yang korang nak (50GB/200GB/2,048GB)
LANGKAH 3 : Klik ‘Buy’ > pilih ‘Next’
LANGKAH 4 : Pilih ‘Add bank card’, masukkan butiran kad bank korang
LANGKAH 5 : Klik ‘Confirm’ dan ruang penstoran HUAWEI Cloud korang dah pun ditingkatkan
2. Keahlian VIP eksklusif di platform penstriman video
Sebagai pengguna HUAWEI, korang juga dapat menikmati keahlian VIP eksklusif di TVB, Mango TV, VIU dan Dimsum. Semua ini percuma untuk 3 bulan* tau!