Home Trending Noh Salleh Mengaku Tidak Melakukan Culik Anak Angkat, Berharap Dapat Berdamai Dengan Mizz Nina

Noh Salleh Mengaku Tidak Melakukan Culik Anak Angkat, Berharap Dapat Berdamai Dengan Mizz Nina

0
Noh Salleh Mengaku Tidak Melakukan Culik Anak Angkat, Berharap Dapat Berdamai Dengan Mizz Nina

[ad_1]



Penyanyi Noh Hujan akhirnya membuka mulut membersihkan namanya susulan dakwaan dia telah melarikan anak angkatnya dengan bantuan pembantu rumah.

Noh nafi culik anak angkat

Noh atau Mohamad Noh Salleh menjelaskan bahawa tuduhan yang dibuat bekas isterinya, Mizz Nina adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Tambah Noh lagi, dia mengambil anak angkatnya, Musa melalui saluran undang-undang yang sah dan bukanlah menculik seperti yang didakwa.

Saya nak menyangkal mengenai cerita itu, tiada penculikan langsung. Saya diserahkan oleh ibu kandung (Musa) untuk menjaganya dengan rela hati. Amanah dia dapat dekat saya, bukannya ada perebutan tapi mengikut dokumen dan undang-undang. Sekarang Musa memang di bawah jagaan saya, dia tengah gembira sekarang.

Memang saya difitnah melalui kenyataan yang menyasar teruk. Saya perlu bersuara sebab tiada unsur penculikan langsung.

Tambah Noh lagi, dia cuba menghubungi Mizz Nina namun gagal. Penyanyi berusia 39 tahun iyu juga menjelaskan bahawa dia tidak berniat mahu memisahkan Musa dengan Mizz Nina malah mahu berdamai agar dapat bersama-sama membesarkan anak mereka dengan baik.

Terdahulu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak selebriti wanita dan kejadian itu didalangi bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan terkenal.

The following two tabs change content below.

[ad_2]