Norreen Iman: Saya Tetap Sama, Hanya Kurangkan Carutan

Shopee CNY Sale



norren hijab

Penghijrahan pelakon dan personaliti media sosial Norreen Iman mendapat perhatian ramai setelah dia mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.

Perubahan Norreen

norren hijab

Menerusi temu bual oleh Remaja, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah berkongsi momen awal ketika suaminya mengetahui tentang perubahannya itu.

Saya rasa selamat dan gembira, Alhamdulillah.

Suami bagi sokongan dan dia pun tahu saya macam mana, jadi sudah semestinya dia lagi suka bila saya bertudung. Dia pun tak cakap banyak..senyum je.

Ketika disoal tentang komen warganet, Norreen berkata dia tidak mengambil pusing dengan kecaman dan hanya membaca komen positif sahaja.

Saya ambil komen yang positif kerana ianya beri saya semangat dan saya yakin ramai yang nak jadi muslimah yang lebih baik. Saya percaya pada diri saya sebab itu saya ambil yang positif sahaja.

Aktres berusia 30 tahun itu juga ketika ini sedang berusaha untuk menjaga pertuturan sesuai dengan imej yang dibawanya meskipun mengakui ianya agar sukar.

Saya masih Norreen yang sama cuma kurangkan carutan, kalau boleh tak mahu dah. Sendiri-sendiri tak apa tapi kalau dekat media sosial tidaklah. Agak susah juga, tapi Alhamdulillah perlahan-lahan saya rasa dah tak perlu nak cakap macam tu.

Dalam pada itu, Norreen sempat menitipkan nasihat buat kaum hawa yang menyimpan hasrat untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Pada mereka yang baru nak berhijab ataupun sudah sampai masa untuk berubah, teruskan istiqamah dapatkan circle yang menyokong penghijrahan itu.

Sentiasa yakin untuk kekal istiqamah tu sebab orang suka pandang rendah, kita boleh buat sebenarnya. Apa-apa pun Allah itu ada.

MENARIK:  AJL38: Ernie Zakri Menjanjikan Kejutan Dalam Vokal & Susunan Muzik!
" data-video-id="7341236973073337618" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@remaja.my

Pelakon & personaliti media sosial, @norreen143 berkongsi momen selepas mengenakan hijab ? Moga yang baik-baik sahaja buat Norreen dalam perjalanan penghijrahan & kekal istiqamah ? #majalahremaja #remaja #remajamalaysia

? original sound – Remaja – Remaja

 

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale