#OBCallingFoodies: Merayakan Ramadan Bersama Hikayat Pentas Citarasa 7 Pahlawan

Shopee CNY Sale



Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, pasti korang dah terfikir nak berbuka puasa di mana tahun ini bersama keluarga, rakan, mahupun yang tersayang kan?

Untuk segmen #OBCallingFoodies yang pertama, kami ingin membuat review mengenai bufet Ramadan di Marriot Hotel Putrajaya.

7 pahlawan

Menampilkan tujuh orang cef yang mahir dalam bidang kulinari masing-masing, pentas citarasa 7 pahlawan ini ternyata mencuri perhatian Ohbulan! apatah lagi variasi makanannya yang pelbagai dan semuanya sedap-sedap belaka!

Antara makanan yang mampu membuatkan anda semua suka ialah Seafood on Ice, Masakan Thailand, Rojak Segala Rojak, Nostalgia 7 Kawah, SP Wok Stall, Japanese Station, Roundabout of Sweets, Warung Street, Medan Bakar Bakar & Seafood, Rangoli Indian Street, Italian Corner, Middle East Corner , Macam-Macam Soup, Live Stall Che’ Yah dan banyak lagi.

Kalau tanya admin, kami suka semua seafood dan makanan Arab yang ada, pizza, lasagna, kambing bakar, pencuci mulut, asam pedas, kuih muih, aneka jenis sup, sate, ABC dan lain-lain.

Berikut merupakan senarai nama cef-cef yang diberi tanggungjawab untuk menjayakan pentas citarasa 7 pahlawan tahun ini.

1 CHEF MUHD EZRI SHAHIZAM – EXECUTIVE SOUS CHEF
2. CHEF AWANG MUHAMMAD AMIN – GARDE MANGER SOUS CHEF
3. CHEF MUHAMMAD KAHIRIL JOHARI – BUTCHER CHEF
4. CHEF MUHD ALIMIN ANSAR – ZEST SOUS CHEF
5. CHEF NOR AZMI SHAHRUDIN – JAPANESE CHEF
6. CHEF JAMES CHAI – EXECUTIVE CHINESE CHEF
7. CHEF HAIRI SAHMIZAM ROSLI – MALAY CHEF

MENARIK:  Pemilik Restoran Membuat Laporan Polis Kerana Pelanggan Gagal Membayar Bil RM2,000 dengan Alasan Makanan Tawar

Selain pelbagai hidangan, Marriot Hotel Putrajaya juga memberi ‘highlight‘ mengenai Dusun Buah-Buahan mereka. Paling menarik, ada durian! Korang boleh makan durian sepuas hati sebab semuanya dah termasuk dalam pakej harga yang ditawarkan.

Sekadar info, bufet ini akan bermula pada 12 Mac hingga 3 April bermula 6.30 petang sehingga 10 malam. Mengenai harga pula, early bird price akan bermula pada 15 Februari sehingga 11 Mac. Untuk dewasa RM148 dan kanak-kanak RM74. Harga normal pula RM198 untuk dewasa dan kanak-kanak RM99.

Sebarang tempahan boleh dilakukan menerusi Whatsapp 011-56855608 atau marriottputrajaya.com.

Video pelancaran


The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale