Berikutan masih terdapat individu yang menganggap wanita bersalin secara caesar tidak mengalami kesakitan berbanding kaedah normal, doktor selebriti Dr Say Shazril tampil memberikan pendapat.
Pengalaman sendiri
Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok, Dr Say berkongsi pengalamannya bersama isteri, Dr Azura Abas yang telah melahirkan ketiga-tiga anak mereka secara caesar.
Untuk pengetahuan umum, isteri saya bersalin anak pertama melalui emergency caesar sebab bayi lemas dan didapati tali pusat mencekik bayi dua gulungan atau dalam bahasa medik ialah ‘cord round neck times two’.
Kali kedua bersalin, elektif caesar sebab katanya dah guna ‘satu jalan’ maka guna je lah jalan yang sama dan memandangkan dia dah mengandungkan anak kedua saya untuk sembilan bulan jadi saya hormati keputusannya.
Memandangkan sudah dua kali caesar, risiko untuk rahim pecah tinggi jika nak bersalin biasa maka kali ketiga juga kami bersalin secara elektif caesar.
Menurutnya, wanita yang bersalin melalui kaedah caesar akan mengalami kesakitan yang teruk selepas pembedahan dan berdepan risiko pelbagai komplikasi.
Orang cakap caesar tak sakit sebab dapat elakkan kesakitan contraction dan dapat ubat bius. Betul masa nak elektif caesar tu tak sakit langsung, masuk dewan pembedahan dan tengah bedah pun isteri saya boleh senyum. Tapi lepas caesar tu tahu tak betapa sakitnya?
Saya walaupun tak pernah merasainya tapi saya pernah dibedah kerana appendix, tu pun operate guna kamera dan dekat seminggu juga saya tak boleh bangun penangan kesakitan selepas pembedahan. Inikan pula apabila tujuh lapisan dibelah.
Ada yang seminggu terlantar, ada yang kena bongkokkan badan kalau tegakkan badan rasa macam patah tulang, jahitan terbuka dan komplikasi lain.
Allah maha adil, jika seorang wanita itu tidak merasa kesakitan semasa bersalin, kesakitan itu akan dirasainya juga selepas bersalin.
Justeru itu, Dr Say berkata tidak seharusya ada perbandingan terhadap kaedah bersalin malah kesihatan ibu dan anak perlu diutamakan.
Nak kata wanita bersalin normal dihapuskan dosa-dosanya dan yang bersalin caesar tak terhapus dosa..siapa kita nak menilai sebegitu?
Jadi nak pandang jelik atau hina wanita yang bersalin secara caesar bagi saya sangat tak berasas. Yang penting anak dilahirkan dengan sihat dan selamat.
Bersalin Caesar Tak Sakit? Came across article ni & rasa nak bagi pandangan sy. Mungkin ada nak cakap sy bias sebab bini sy bersalin caesar tapi try lah tanya ibu2 kat sini yg bersalin caesar, betul ke tak sakit? In the end tuk kisah Mstar ni, anak lelaki tu bertegas dengan ayahnya saying “Salah ke saya suap isteri sendiri? Isteri operate belah rahim. Tujuh lapisan dijahit. Benda nak pulih dalaman tu bertahun”. Maka terduduklah ayahnya penangan ketegasan anaknya.
? Piano Sedih Menyentuh Hati (Instrumen) – Pianoku