[ad_1]
Proses hadanah berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi kedua-dua anak pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat masih belum mencapai jalan penyelesaian.
Keputusan akan diketahui 8 Ogos
Menurut peguam yang mewakili Farid, Fakhrol Azman Abu Hassan, pihak mahkamah telah mengarahkan pihak pemohon dan juga responden untuk memfailkan hujah berkenaan prosiding ini pada 30 Jun akan datang.
Prosiding hari ini adalah pendengaran secara inter-parte permohonan hak jagaan sementara.
Jadi dari segi dokumentasi, kesemua afidavit jawapan telah difailkan mengikut arahan mahkamah dan mahkamah telah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing pada 30 Jun akan datang.
Dan keputusan untuk hak jagaan sementara adalah pada 8 Ogos 2023
Dalam pada itu, Fakhrol turut mendedahkan bahawa segala proses anak guamnya untuk bertemu dengan anak-anak berjalan dengan lancar.
Setakat ini, perjalanan anak guam saya untuk melawat dan sebagainya berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah.
Dan kita harap perkara ini akan berjalan dengan lancar sehingga penghujung perbicaraan nanti.
Ini baru hak jagaan sementara, hak jagaan penuh masih belum ditentukan pihak mahkamah.
Terdahulu, pada 25 Mei yang lalu, prosiding sulh antara pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil yang membabitkan hak jagaan anak-anak mereka masih belum selesai dan masih belum menemui jalan penyelesaian.
Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.
Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.
Pada 20 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan aktres itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.
[ad_2]