[ad_1]
Sejak beberapa hari ini, tular di media sosial mengenai kisah kematian anak kepada pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara iaitu Raden Khalif Andante Pramuditya yang ditemui lemas di sebuah kolam renang awam pada 27 Januari 2024 lalu.
Ibu, teman lelaki bersubahat?
Kematian Raden atau mesra dipanggil Dante bagaimanapun menimbulkan pelbagai tanda tanya wargamaya yang rata-ratanya mengesyaki bahawa kanak-kanak itu sebenarnya telah menjadi mangsa pembunuhan.
Pada awalnya, keluarga mangsa reda dengan takdir yang berlaku dan membuat keputusan untuk melakukan pengebumian dengan segera. Namun beberapa hari kemudian, kubur Dante akhirnya digali semula untuk tujuan bedah siasat demi mengetahui punca sebenar kematian.
Tubuh badan Dante didakwa mempunyai kesan seperti dicubit atau digigit. Apabila ditanya, Tamara mendakwa dia mencubit dan menggigit Dante hanya kerana mahu membangunkan Dante yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri.
Dante sengaja dilemaskan?
Selepas siasatan dilakukan, teman lelaki Tamara iaitu Yudha Arfandi yang didakwa menjadi suspek utama kes telah ditahan polis. Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan Yudha merupakan individu yang menemani Dante bermandi di kolam renang tersebut.
Dante pada awalnya dilihat berada di pinggir kolam sebelum didekati Yudha. Lelaki itu kemudian didakwa menenggelamkan Dante ke dalam air sebanyak 12 kali sebelum dia membawa ke permukaan air kononnya mahu membantu.
Terbaharu, ada sumber mengatakan, Tamara turut terbabit dalam kes kematian Dante kerana wanita itu sama sekali tidak berusaha mencari dan melihat CCTV di kolam renang, setelah anaknya meninggal dunia akibat lemas. Tindakan Tamara seolah-olah mahu menyembunyikan perbuatan kejam teman lelakinya itu.
Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes tersebut masih dijalankan.
[ad_2]