Home Trending Pemilik Terkejut Melihat Rumahnya Diduduki oleh Warga Asing Selepas 10 Tahun Tidak Diduduki

Pemilik Terkejut Melihat Rumahnya Diduduki oleh Warga Asing Selepas 10 Tahun Tidak Diduduki

0
Pemilik Terkejut Melihat Rumahnya Diduduki oleh Warga Asing Selepas 10 Tahun Tidak Diduduki

[ad_1]



Seorang pemilik tidak menyangka rumah apartmen yang ditinggalkan kosong selama 10 tahun, diceroboh dan didiami oleh warga asing.

Warga asing ceroboh rumah

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi akaun Facebook miliknya, Srilabu Kedah. Menurut individu tersebut, rumah yang terletak di Puchong itu dimiliki oleh rakannya yang sedang menetap di Pantai Timur.

Pemilik rumah yang berhajat untuk menjual rumah tersebut telah meminta bantuannya untuk menguruskan proses jual dan beli.

Dari beli tak duduk, sebab dia lebih suka tinggal di kampung. Aku pun pergi tengok keadaan rumah elok ke tidak. Bila sampai aku tengok ada orang dalam rumah.  Aku pun telefon kawan ‘owner’ tu sekali lagi nak pastikan betul ke rumah kosong?

Aku pun cakap kat dia, ada orang tinggal dalam rumah ni iaitu warga asing! Bukan kata aku yang terkejut, kawan ‘owner’ dan ‘owner’ pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun lalu.

Tambah individu terbabit lagi, warga asing berkenaan tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu dan lebih mengejutkan apabila warga asing itu memintanya untuk mengemukakan bukti bahawa rumah tersebut benar-benar merupakan milik kepada kawannya.

Mereka berani-berani masuk rumah orang buat dek saja. Air mereka tarik dari rumah sebelah. Elektrik pula tak tau mereka sambung macam mana,

Dalam pada itu, lelaki berkenaan memaklumkan dia juga berjaya bertemu penyelia warga asing berkenaan yang juga seorang lelaki warga Bangladesh. Dia dimaklumkan bahawa mereka sudah lama mendiami rumah berkenaan tanpa membuat sebarang bayaran sewa.

Difahamkan, lelaki terbabit memaklumkan sudah meminta pemilik rumah berkenaan untuk membuat laporan polis dan laporan akan dibuat ke pihak imigresen ekoran daripada kejadian yang berlaku.

The following two tabs change content below.

[ad_2]