Home Trending Pendengar Setia Membantu Tyzo Dapatkan Tajaan Tunai untuk Umrah – ‘Berharap Untuk Mencari Ketenangan Di Sana’

Pendengar Setia Membantu Tyzo Dapatkan Tajaan Tunai untuk Umrah – ‘Berharap Untuk Mencari Ketenangan Di Sana’

0
Pendengar Setia Membantu Tyzo Dapatkan Tajaan Tunai untuk Umrah – ‘Berharap Untuk Mencari Ketenangan Di Sana’

[ad_1]



Bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo mengakui bahawa tahap kesihatan mentalnya agak sedikit teruk pada waktu ini dan dirinya berada di fasa paling terendah dalam hidup.

Tunai umrah

Memetik laporan Harian Metro, Tyzo berkata demikian selepas terkilan apabila perkhidmatannya sebagai penyampai radio ditamatkan atas alasan strategi tahun 2024 oleh pihak pengurusan minggu lalu.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain bagaimanapun tidak menyangka ada seorang pendengar setia stesen radio terbabit ingin membawanya mengerjakan ibadah umrah hari ini.

Saya sedang berusaha untuk kuatkan semangat dan tidak terlalu bersedih dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah, hari ini saya bakal berlepas ke Tanah Suci selama 11 hari. Saya dibawa oleh pendengar setia Suria Petang dikenali Hariz yang sudah lama teringin nak menaja saya mengerjakan ibadah umrah.

Tawaran ini datang kira-kira seminggu lalu, namun saya hanya beri kata putus lima hari lalu. Jadi persiapan memang agak singkat, tapi Insha-Allah semuanya sudah diatur dengan baik dan semoga saya dapat mencari ketenangan di sana.

Ujar Tyzo, dia mengaku berat badannya juga sudah semakin menurun, selain menghadapi masalah suara kerana tidak cukup rehat.

Berat badan saya makin menurun. Saya juga sukar tidur kerana sudah tahu perkara ini agak lama hingga mengalami masalah suara.

Malah, ketika ini saya berdepan kecaman yang sangat dahsyat selepas pihak sana membuat kenyataan balas. Saya akui tak bersedia menerima kecaman ini.

Disoal sama ada masih belum ‘move on’ apabila tetap berkongsi mengenai isu yang berlaku di media sosial miliknya, Tyzo memberitahu, dia hanya mahu membalas kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan stesen radio itu saja.

Saya dah lama ‘ move on’, tetapi saya menunggu kenyataan mereka. Apabila mereka sudah memberi kenyataan, mestilah saya nak memberi penjelasan lanjut. Ini kerana, sebelum ini mereka tidak memberi sebarang kenyataan. Tiada apa, yang saya nak cakap lagi.

Harapnya apa yang dikongsikan itu akan menjadi titik noktah. Cukuplah gambar saja yang berbicara.

The following two tabs change content below.

[ad_2]