[ad_1]
Baru-baru ini, pengacara dan juga penyampai radio, Radin mendedahkan dia pernah mempunyai sebanyak 800 pasang kasut di rumah.
‘Tinggal 400 pasang’
Menerusi hantaran video di TikTok, Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani berkongsi kisah mengenai koleksi kasutnya ketika hadir sebagai tetamu di podcast, aktres Amelia Henderson.
Menurut Radin, tidak semua koleksi kasut itu dibelinya, ada juga yang dia terima daripada pemberian orang lain.
Ada yang bagi, ada yang dapat , ada yang beli dan ada satu masa tuh saya pernah kira ada 800 pasang. Sebab itu, kasut itu membantu saya jual-jual.
Kini, kasut Radin hanya tinggal 400 pasang sahaja selepas dia menjual separuh daripadanya. Malah, ada juga kasut yang sudah koyak dan juga rosak disebabkan lama terbiar.
Jadi sekarang dah kurang, hanya tinggal 400 pasang je.
Selain jual dan bagi orang, kasut itu koyak ataupun rosak. Tapak kasut kalau lama tak pakai, tambah-tambah kasut kulit, tapak akan lekang.
Tambah pengacara berusia 32 tahun itu, rumahnya juga seperti ‘bundle’ kerana terlampau banyak kasut yang ada.
Walau bagaimanapun, Radin juga mendedahkan bahawa tidak semua kasut tersebut dipakainya, ada juga yang diberi kepada orang lain.
Kalau awak pergi rumah saya, dah macam bundle dah. Tak semua saya pakai, banyak je tak pakai.
Video
@studiosembang ha percaya ke tak? 800 pasang wei ? tapi bagusnya @RAA jual some of the kasut for charity kan? jom dengar episod ni kat @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts before new episod keluar next week k! #jomsembang #studiosembang
? original sound – Studio Sembang – Studio Sembang
[ad_2]