Pengalaman Luar Biasa Saya Bersama TV3 – Abu Bakar Atan

Shopee CNY Sale



Nama Abu Bakar Atan sememangnya tidak asing lagi dengan segmen sukan di TV3. Berkhidmat selama 40 tahun di bawah Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Abu Bakar berkata, dia bangga melihat kejayaan yang dikecapi oleh TV3 pada masa ini.

TV3 jenama kalis cabaran

Menerusi temu bual bersama , Abu Bakar menganggap stesen TV itu sebagai gedung ilmu dan memberikan pengalaman yang sangat ‘mahal’ buat dirinya.

Jika diikutkan, saya bekerja di bawah Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) selama 40 tahun. Sepuluh tahun pertama saya bekerja di Berita Harian (BH) disusuli TV3 sejak 1993 hingga 2020. Jadi, boleh dikatakan, saya membesar bersama TV3.

Tiada lain yang saya mahu ucapkan kepada TV3 selain tahniah dan selamat maju jaya. Semalam (Jumaat lalu), saya ada dengar kata-kata daripada siaran BU yang menyebut slogan kalis cabaran.

Jadi, ternyata TV3 adalah jenama yang kalis cabaran apabila berjaya mencapai usia 40 tahun.

Saya tumpang bangga dengan kejayaan TV3 dan rasa bertuah sebab banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat ketika bersama MPB.

Menurut Abu Bakar, dia sangat bersyukur dan berbangga kerana diberi peluang dan ruang untuk mengendalikan program dan kandungan sukan terbitan TV3.

Pengalaman saya bersama TV3 sangat menakjubkan.

Abu Bakar yang ditemui pada majlis perasmian ulang tahun ke-40 TV3, baru-baru ini, turut menyokong tema Inspirasi Generasi yang diketengahkan oleh TV3 pada majlis sambutan tahun ini. Ujar Abu Bakar, TV3 banyak memberi inspirasi kepada pelbagai generasi.

Kalau diimbas semula sejak 40 tahun lalu, ini, saya puji usaha pengurusan TV3 yang terus berusaha membangunkan jenama hingga terus relevan. Teruskan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

Sekadar info, Abu Bakar Atan memulakan kerjaya sebagai wartawan meja am dan sukan di BH pada September 1984. Pada Mac 1993, Abu Bakar dipinjamkan kepada TV3 dan berkhidmat di stesen TV itu sehingga Disember 2020.

MENARIK:  Mari Jumpa 12 Finalis AJL 38 Di Acara 'Meet & Greet Paling Ikonik' Pada 4 Februari Ini!

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale