Pengalaman Nomad Beraya untuk Kali Pertama Sebagai Suami, Mengakui Perubahan Matang Selepas Berkahwin

Shopee CNY Sale



Penyanyi Nomad berkongsi kehidupan selepas bergelar suami selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Farah Wahidah Hassan.

Artikel berkaitan: Nomad ‘Mengejar Cinta’ – ‘Satu Perjalanan Yang Amat Jauh Ditemani Air Mata’ 

Artikel berkaitan: Puteri Sarah Tumpahkan Kisah Peribadi & Tragedi Hidup Dalam Naskhah ‘Terus Melangkah’ – ‘Banyak Kali Menitis Air Mata…’

Semakin matang selepas berkahwin

Nomad ketika ditemui memberitahu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga turut menjadikan dirinya semakin matang.

Lepas kahwin saya dapat rasakan pemikiran saya semakin matang sebab sebelum ini saya bekerja untuk diri sendiri. Sekarang kena fikir untuk isteri dan keluarga saya.

Puasa kali pertama dengan isteri lebih teratur ketika waktu berbuka. Bab makan pula kami tidak terlalu memilih. Malah kami lebih suka memasak di rumah sahaja. Ada masa sampai berebut siapa nak masak.

Selain itu, isteri saya banyak beri nasihat dalam pemakaian jadi nampak lebih kemas.

Berkongsi tentang sambutan hari raya, Nomad bakal pulang ke kampungnya di Terengganu terlebih dahulu.

Saya tanya isteri nak raya mana dulu, dia kata tak kisah. Sebenarnya sukar untuk saya membuat keputusan tapi akhirnya saya putuskan untuk beraya di kampung saya dulu.

Raya pertama saya akan beraya di Kemaman, Terengganu dan raya kedua malam tu saya akan terus balik ke Alor Setar, Kedah. Balik ke Terengganu saya akan memandu lepas itu balik ke KL dulu dan akan menaiki flight balik ke Alor Setar.

Dalam pada itu, pasangan ini juga tidak terburu-buru untuk memiliki cahaya mata kerana mahu memperkukuhkan kewangan sebelum merancang ke arah itu.

Saya dan isteri bukan nak buat perancangan keluarga tetapi sebelum ada cahaya mata, kami mahu berikan yang terbaik buat anak-anak.

Sebelum raya pun dah ditanya bila nak ada anak tapi saya hanya jawab insya-Allah jika ada rezeki.

Untuk rekod, Nomad dan Farah mendirikan rumah tangga pada 13 Mei tahun lalu yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.

MENARIK:  Ibu Masukkan Bayi Usia Sebulan dalam Oven, Bayi Terbakar saat Tidur Siang

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale