Home Trending Penganiayaan dan Penghinaan Terhadap Kami Tidak Diterima – Rita Rudaini

Penganiayaan dan Penghinaan Terhadap Kami Tidak Diterima – Rita Rudaini

0
Penganiayaan dan Penghinaan Terhadap Kami Tidak Diterima – Rita Rudaini

[ad_1]



rita rudaini anak2

Pelakon jelita, Rita Rudaini menyelar tindakan segelintir warganet yang disifatkan tidak menjaga sensitiviti dirinya dan anak-anak.

Rita kesal

rita rudaini anak2

Menerusi hantaran di Instgram (IG), Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar memuat naik semula video yang memaparkan buku hasil nukilannya bertajuk ‘Kerana Aku Seorang Perempuan’.

Rita dalam nada tegas berkata warganet seharusnya mendalami kisah hidupnya yang ditulis di dalam buku tersebut terlebih dahulu sebelum menilai dirinya.

Dah 2024, netizen tak payah buat terpaling tahu. Jaga sensitiviti orang. Kalau tak tahu jangan buat ‘palatau’.

Baca dulu buku ni sebelum nak komen. Setakat modal air liur dah kesian, dah terpaling sedih..siapa-siapa pun boleh.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Mami Jarum berharap agar tidak ada mana-mana pihak masuk campur dalam urusan dia serta anak-anak memandangkan kehidupan mereka sudah cukup bahagia.

Dah dah la tu, kami bertiga dah cukup tenang. Anak-anak pun dah tumbuh misai.

Tak duduk dekat tempat kami senang la cakap, lebih baik duduk diam saja dan jangan tambah beban orang.

Apa-apa pun saya tak redha dengan atas segala penghinaan dan penganiayaan ke atas kami selama ini, biarlah Allah yang selesaikan. Noktah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Rita selain memberikan kata-kata semangat buatnya dalam mengharungi ujian sebagai seorang ibu tunggal.

Terdahulu, bekas suami Rita iaitu Aidil Zafuan menyebut nama anak-anak mereka menerusi sesi siaran langsung di media sosial.

Warganet kemudian meminta Rita untuk mempertemukan kedua-dua anak lelakinya itu dengan bapa mereka.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bolasepak kebangsaan tersebut pada tahun 2008. Namun mereka disahkan bercerai pada 2013.

Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

The following two tabs change content below.

[ad_2]