Pengerusi JMB Kondominium Memohon Maaf Kepada Umat Islam Berhubung Isu Larangan Laungan Azan

Shopee CNY Sale



Tular di media sosial mengenai sepotong video yang memaparkan perbalahan beberapa orang penduduk beragama Islam di sebuah kondominium yang terletak di Pulau Pinang berhubung isu larangan menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan di surau kondominium berkenaan.

Pengerusi JMB kondominium mohon maaf

Terbaru, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinacle tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penduduk dan masyarakat Islam di kondominium berkenaan berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan di Surau Saidina Umar.

Pengerusi yang dikenali sebagai Alex Low itu mendedahkan bahawa pihaknya sama sekali tidak berniat untuk melarang laungan azan dengan menggunakan pembesar suara di surau berkenaan.

Saya juga mewakili Ahli Jawatan Kuasa (AJK) JMB memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Islam dan semua umat Islam mengenai isu ini.

Secara peribadi juga saya memohon maaf jika ada perkataan menyinggung perasaan dan kami kesal serta kecewa kerana isu yang sepatutnya menjadi perbincangan dalam mesyuarat sudah menimbulkan salah faham,

Alex membuat permohonan maaf tersebut dalam satu sidang media yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor.

Dalam pada itu, Alex turut mendedahkan bahawa satu persetujuan telah pun dicapai di antara AJK JMB serta pihak pengurusan surau bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan dalam satu sesi mesyuarat yang diadakan pada 9 Mei lalu bagi menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Jadi kami ingin jelaskan bahawa video berkenaan bukan mengenai laungan azan tetapi mengenai pemasangan pembesar suara di surau dan agenda yang diusulkan pada 12 Mac lalu itu, sudah ditarik balik kerana ia amat sensitif bagi dibincangkan malah video penarikan juga turut direkodkan.

Sekali lagi kami dengan rendah diri memohon maaf supaya isu berkenaan tidak dibangkit semula bukan hanya di kawasan ini tetapi juga di Malaysia.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan perbalahan segelintir penduduk beragama Islam terhadap pihak pengurusan JMB Kondominium.

MENARIK:  Aliff Aziz Mencari Peluang Ke-12 Untuk Menyelamatkan Rumah Tangganya dengan Mengakui Kesilapan Bersama Bella

Difahamkan, perbalahan itu berlaku disebabkan oleh ketidakpuashatian mereka terhadap larangan menggunakan pembesar suara untuk laungan azan di surau yang beroperasi dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di situ.

Bukan itu sahaja, difahamkan terdapat juga usul dari pihak pengurusan JMB yang mencadangkan laungan azan untuk dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp.

Walau bagaimanapun, isu tersebut sudah pun selesai selepas mencapai kata sepakat.

Video yang tular

" data-video-id="7233326947030420737">
@user9146910846137 Bila Azan jadi pertikaian makin melampau,baru duduk Malaysia ka?#penangtryyykalih #baruadap ? original sound – Waladap

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale