‘Pengerusi Stesen Radio: Tiada Sebab Untuk Dipecat DJ Lin Walaupun Pendengar Tertinggi Setiap Minggu’

Shopee CNY Sale



Kontroversi penamatan kontrak penyampai radio iaitu Tyzo Xander telah menyebabkan DJ Lin mendapat kecaman teruk daripada segelintir netizen.

Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat melancarkan petisyen mendesak DJ Lin untuk meletak jawatan serta merta.

‘Tiada sebab untuk pecat DJ Lin’

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse yang berpendapat tiada sebab untuknya memecat DJ Lin yang turut menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Suria FM.

Saya dah kenal DJ Lin bertahun-tahun, ketaatan dan dedikasinya terhadap stesen radio kami tidak boleh dipersoalkan.

Macam mana nak menentukan seseorang penyampai itu bagus atau pun tidak adalah dengan mengenal pasti data para pendengar iaitu ‘listenership’.

Berdasarkan data ‘listenership’ yang saya tengok setiap minggu, yang paling tinggi sekali ialah sama ada DJ Lin atau pun Cik Piah.

Kedua-dua penyampai ini boleh dikatakan kedudukan mereka sentiasa teratas dan sering berlumba-lumba pada setiap minggu.

Jadi tak ada sebab untuk saya memecat DJ Lin atau pun tiada sebab sama sekali untuk beliau meletakkan jawatannya di Suria FM.

Mohd Aminuddin berkata demikian ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan penyampai baharu Suria FM yang bertempat di Cybertorium, Menara Star, Phileo Damansara.

Dalam pada itu, Aminuddin berpendapat DJ Lin merupakan individu yang menjadi mangsa sebenar di sebalik kontroversi yang tular baru-baru ini.

Selain berkhidmat sebagai penyampai, DJ Lin juga merupakan Pengurus Besar Suria FM dan dalam erti kata lain siapa-siapa yang ‘menyerang’ pengurus besar syarikat bermakna anda juga sedang menyerang syarikat kami.

Ada yang minta DJ Lin letakkan jawatan bahkan ada yang minta pihak atasan pecat DJ Lin, macam-macam tuduhan dilemparkan kepada DJ Lin bahkan kepada anak-anaknya turut terkesan.

Jadi pada pendapat saya, mangsa sebenar di sebalik kontroversi ini adalah DJ Lin sendiri kerana ia telah menyebabkan kredibiliti dan reputasinya jatuh menjunam.

Mungkin ini juga adalah satu rancangan yang bertujuan untuk menjatuhkan DJ Lin.

Terdahulu, kontroversi penamatan kontrak Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris selepas lapan tahun berkhidmat di Suria FM menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

MENARIK:  Hidayah Hamzah Menolak Tawaran RM75,000 Dari Ali Puteh Kerana Menitikberatkan Keselamatan

Perkara tersebut telah menyebabkan DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid mendapat kecaman teruk oleh wargamaya.

Dalam pada itu, pihak Suria FM dalam satu sesi sidang media tampil menjelaskan bahawa penamatan kontrak Tyzo itu dibuat adalah bertujuan untuk merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.

Video

" data-video-id="7325726335882562817">
@official Replying to @OHBULAN! Mangsa yang sebenarnya ?? # #sembangentertainment #sidangmedia #suriafm #tyzo #tyzoxander #djlin ? original sound – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale