Laman media sosial menjadi panas selepas tular video lucah yang melibatkan pelakon berumur 22 tahun dan semestinya mengejutkan ramai orang.
Sedang baring atas katil
Foto: Tribun News
Memetik laporan Insertlive, aktres yang dikenali sebagai Rebecca Klopper menjadi sasaran warganet.
Dari wajah dan beberapa tanda di badan, netizen mendakwa wanita dalam video tidak senonoh itu adalah Rebecca Klopper yang merupakan kekasih kepada Fadly Faisal.
Video yang berdurasi 47 saat itu menunjukkan seorang wanita sedang berbaring di atas katil dengan pakaiannya dibuka. Selain itu, ada kelibat seorang lelaki juga yang dilihat sedang merakam wajah wanita yang didakwa Rebecca atau lebih mesra disapa Becca.
Mengukuhkan lagi dakwaan, apabila terdapat tahi lalat di sebelah kiri yang sama dengan Becca. Bukan itu sahaja, tindikan di pusat juga dikatakan mirip dengan Becca.
Bagaimanapun, sehingga kini, pemilik nama Rebecca Ayu Putri Klopper masih belum memberi sebarang penjelasan malah ruangan komen di Instagram (IG) telah ditutup.
Difahamkan, Becca dan Fadly sedang bercuti di Bali, Indonesia.