Penghasilan Peta Laluan Tren Melalui Teknologi AR : Inspirasi Dari TikTok Oleh Anak Tempatan

Shopee CNY Sale



Jika sebelum ini kami berkongsi kisah tentang seorang pengendali dron memanfaatkan teknologi yang popular dalam kalangan anak muda untuk kegunaan bidang pertanian, kali ini Maxis dengan kerjasama OHBULAN! membawakan pula kisah tentang seorang pembangun web tempatan yang mencipta peta laluan tren dengan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR).

Ini bagi memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menerokai bidang teknologi seiring dengan pelancaran jenama baru Maxis, “Terus Menerajui”.

Manfaat ilmu ketika PKP

Siapa sangka Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 3 bulan memberi peluang kepada Emil Shafy, 24, untuk mempelajari ilmu baharu. Dia yang bekerja sebagai pembangun web, mendapat inspirasi daripada video TikTok yang memaparkan seorang lelaki menunjukkan kad perniagaan menggunakan konsep AR.

Hasilnya, dia telah mendapat idea menggunakan pendekatan AR bagi membantu pengguna rangkaian tren menavigasi laluan. Projek ini telah berjaya diselesaikan menerusi working proof-of-concept dalam masa 2 hari.

Walaupun tidak mempunyai latihan profesional sebagai pemaju realiti berperantara (augmented reality developer) tetapi pengalamannya sebagai pengaturcara 3D dan beberapa kemahiran yang dipelajari semasa PKP ternyata membantu.

Bantu pengguna tren navigasi laluan tersedia

Emil Shafy, Lowyat

Bagi pengguna pengangkutan awam yang menjadikan tren sebagai pengangkutan utama pastinya mempunyai pengalaman tersesat atau hilang arah ketika mahu menukar laluan.

Begitu juga Emil, pengalamannya berulang-alik ke tempat kerja menggunakan LRT membuatkan dia perlu mencari peta LRT secara atas talian, di galeri telefon atau stesen tren.

“Ini agak memakan masa, jadi saya ingin buat sesuatu yang baru, interaktif dan mudah diakses.”

Tambahnya lagi, walaupun pada mulanya dia tidak mempunyai semangat yang tinggi kerana merasakan orang ramai tidak dapat melihat signifikasi projek ini dan mereka boleh saja mencari peta tersebut di laman web RapidKL. Namun, dia tersilap apabila perkongsiannya di laman Twitter sehingga hari ini telah mendapat kicauan semula sebanyak 78.8 ribu perkongsian dan lebih 10 ribu tanda suka.

“Dorongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, saya kekal tekun dan berusaha menyiapkan aplikasi ini.”

Bakal berkolaborasi dengan PRASARANA

Tidak menyangka ciapannya mendapat perkongsian dan sambutan di media sosial, Emil berasa terharu apabila usahanya turut mendapat perhatian PRASARANA.

MENARIK:  Erra Fazira Gembira Menjadi Sendiri, Tidak Memikirkan Untuk Kembali Kepada Engku Emran - 'Saya Mempercayai Ketentuan Allah'

Hasil perjumpaan baru-baru ini, PRASARANA telah memberi lampu hijau untuk berkolaborasi bersama menggunakan teknologi AR yang memaparkan laluan tren pada kad Touch N Go.

“Saya amat teruja dengan apa yang akan terbina bersama di masa hadapan dan berharap semua berjalan dengan lancar, InshaAllah.”

“Percaya diri sendiri & keluar daripada zon selesa”- Emil

Emil Shafy, World Of Buzz

Pada Emil, jika mempunyai apa saja idea walaupun kelihatan biasa, jangan ragu-ragu untuk percaya kepada diri sendiri dan keluar dari zon selamat kerana kita tidak pernah menyangka jika idea tersebut boleh memberi impak dan membantu orang di sekeliling kita.

Dia merancang untuk menambahkan lebih banyak ciri berdasarkan idea baru, serta maklum balas pengguna dari Twitter. Aplikasi AR saat ini dikembangkan untuk Android dan iOS, dan dia juga mempertimbangkan untuk memiliki versi web yang bakal tersedia dalam waktu terdekat.

Maxis bergerak seiring perkembangan teknologi

Seiring dengan hasrat menjadi pelopor teknologi di Malaysia, Maxis mahu rakyat Malaysia menerokai lebih banyak bidang dengan teknologi bagi mendepani dunia yang semakin mencabar. Dengan bantuan teknologi, Maxis percaya ia dapat membantu masyarakat untuk berfikir di luar kotak dan #TerusMenerajui.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale