[ad_1]
Polis telah menahan seorang pengurus hotel mewah di Goa, India kerana didakwa membunuh isterinya selepas mangsa menuduhnya mempunyai hubungan sulit.
Hubungan jadi renggang
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan NDTV, suspek yang bernama Gaurav Katiyar, cuba menutup pembunuhan itu dengan mendakwa isterinya lemas di laut ketika ketiadaannya.
Menurut pegawai polis, suspek yang berusia 29 tahun itu berkahwin dengan Diksha Gangwar kira-kira setahun lalu, tetapi hubungan mereka menjadi renggang.
Katiyar memutuskan untuk membunuh isterinya kerana mangsa tahu tentang hubungan luar nikahnya.
Suspek membawa isterinya ke pantai di Goa Selatan untuk bersiar-siar sebelum dia melemaskan mangsa.
Namun, beberapa pelancong mula curiga setelah melihat suspek pulang ke pantai seorang diri lalu mereka memaklumkan kepada polis.
Suspek menyatakan kematian isterinya sebagai satu kemalangan, namun rakaman video oleh seorang pelancong menunjukkan sebaliknya.
Video itu menunjukkan dia berjalan sendirian ke pantai dan kemudian kembali ke laut untuk memastikan sama ada isterinya sudah mati.
Suspek telah pun ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan.
[ad_2]