Home Trending Penjelasan Ryan Bakery Tentang Tuduhan Panggil Anak ‘Gila’ oleh Orang Perak

Penjelasan Ryan Bakery Tentang Tuduhan Panggil Anak ‘Gila’ oleh Orang Perak

0
Penjelasan Ryan Bakery Tentang Tuduhan Panggil Anak ‘Gila’ oleh Orang Perak

[ad_1]



Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery tampil menjelaskan sebutan yang digunakan terhadap anak lelakinya, Ryan Ezra yang menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Artikel berkaitan: Isteri Ryan Bakery Menunggu Hari Untuk Bersalin – ‘Jantina Insya-Allah Anak Lelaki, Namanya Ryan Ezra’

Artikel berkaitan: Ryan Bakery Pulangkan Bayaran Jenama Diboikot, Mahu Keberkatan Dalam Rezeki

Salah anggap

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ryan sedang merakam Ezra yang sedang menyusu di atas riba ibunya sambil memandang ke arah bapanya.

Minum je le, tengok-tengok pulak. Duduk dekat mummy tu. Kuat nangis, sama ikut mak kuat nangis.

Bagaimanapun, sebutan ‘je le’ itu telah disalah erti dengan menganggap Ryan menggelarkan anaknya ‘gila’.

Loghat orang Perak

Dalam hantaran lain, Ryan menjelaskan bahawa sebutan yang digunakan itu adalah loghat orang Perak memandangkan dia berasal dari negeri berkenaan.

Dia memang gitu. Orang Perak memang macam tu. Dia ‘minum aje le’ tapi bila dilajukan tu jadi ‘minum je le’ macam tu.

Untuk rekod, Ryan dan isteri, Elya Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ryan Ezra yang kini berusia empat bulan.

The following two tabs change content below.

[ad_2]