Seperti yang kita tahu, usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melancarkan lagu raya pada setiap tahun bagi menghiburkan lagi halwa telinga para peminatnya.
Bakal lancar lagu baharu
View this post on Instagram
Terbaharu, Aliff dilihat sedang berada di dalam sebuah studio rakaman bagi merakam lagu raya terbaharu bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa bulan sahaja lagi.
Perkongsian tersebut dikongsikan sendiri isteri kepada Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida menerusi laman Instagram (IG) nya.
Namun begitu, Shahida tidak ‘berani’ untuk berkongsi klip video nyanyian suaminya itu kerana risau para netizen mengalami kemurungan mendengarnya.
Dah sedia ke korang nak dengar lagu raya artis nombor satu dari belakang ini?
Maaf lah ya tak boleh dengar audio takut korang kemurungan.
Hantaran tersebut pastinya mendapat perhatian wargamaya yang tidak sabar menantikan lagu raya yang bakal dilancarkan Aliff tersebut.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah ibu kepada Aliff iaitu Rozita Ibrahim turut meninggalkan komen dengan menegur anak lelakinya yang kini sudah menjangkau usia 40 tahun itu.
Menurut Rozita, Aliff sepatutnya tidak lagi terlibat dengan perkara tersebut bagi mengelakkan daripada berlakunya fitnah dalam kalangan netizen dan orang ramai.