[ad_1]
Bekas isteri kepada pelakon, Hafiz Roshdi iaitu Nurul Shuhada dilihat sering berkongsi momen bersama anak-anaknya di media sosial.
Pesanan & harapan seorang ibu
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram (IG), Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri menitipkan pesanan untuk kedua-dua anaknya.
Ibu selalu pesan dekat budak berdua ni.
Umar, Humairah kita ada tiga orang je, apa pun jadi kita kena saling membantu, apa pun jadi kita kena lindungi antara satu sama lain. Sebab Allah nak kita sama sama masuk syurga nak jumpa Uwais nanti kan..
Humairah teman abang Umar cuba nak biasakan diri ke sekolah. Apa pun yang berlaku, kakak akan sentiasa pegang tangan abang, jalan sama-sama, jatuh sama-sama, bangun sama-sama, sedih sama-sama, gaduh sama-sama.
Dalam pada itu, Shuhada juga berdoa agar cahaya matanya sentiasa berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Semoga Allah sentiasa lindungi kalian berdua. Wahai nyawa ku, ibu sayang sangat- sangat abang dan kakak kerana Allah SWT.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargenet berasa sebak membaca nukilan Shuhada tersebut dan mengagumi kekuatannya sebagai seorang ibu tunggal.
Sekadar info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan zuriat iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Shuhada juga sebelum ini mengesahkan bahawa dia telah mengalami keguguran anak ketiga mereka.
Number: IG Nurul Shuhada
[ad_2]