Home Trending Pesta Tanpa Hadaya di Festival Supalapa, Kumpul Lebih 40 Bintang Antarabangsa Di Genting Highlands Bulan Mac Ini

Pesta Tanpa Hadaya di Festival Supalapa, Kumpul Lebih 40 Bintang Antarabangsa Di Genting Highlands Bulan Mac Ini

0
Pesta Tanpa Hadaya di Festival Supalapa, Kumpul Lebih 40 Bintang Antarabangsa Di Genting Highlands Bulan Mac Ini

[ad_1]



supalupa.

Lebih daripada 40 bintang antarabangsa bersama artis tempatan dengan pelbagai genre muzik serta hiburan dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.

Festival tersebut dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.

Alami acara gilang-gemilang

supalapa

Prodigy 1Nation bersama rakan kongsi festival ini iaitu Maestro Productions telah melaksanakan pelbagai konsert di seluruh Eropah, Kanada dan Asia. Festival Supalapa merupakan festival muzik pertama mereka di Malaysia.

Menerusi Festival Supalapa ini, pengunjung yang hadir boleh menikmati tiga genre muzik sekaligus dari EDM, Pop dan K-POP. Kesemua genre muzik ini dipersembahkan di atas pentas masing-masing iaitu di “Live Stage”, “EDM Stage” dan “Pool Stage”!

Festival ini membariskan selebriti antarabangsa antaranya Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic dan Notep akan membuatkan para pengunjung teruja sepanjang dua hari acara diadakan.

Bersama-sama mereka juga adalah bintang tempatan iaitu Yuna, Saixse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski, Jovynn,  Coex, Forceparkbois dan DJ Ziqq Axel Groove juga bakal memukau pengunjung dengan persembahan mereka.

Dalam pada itu, para pengunjung di Festival Supalapa, akan menikmati pelbagai keseronokkan termasuk pengalaman di ‘Wrestling Ring’, ‘Bali Swing’, ‘Carnival Games’ dan ‘Silent Cinema’ dengan menggunakan pembayaran secara sistem RFID.

Bakal jadi jenama global

supalapa

Menurut, Pengerusi Maestro Production And Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya menyifatkan Festival Supalapa akan menjadi penanda aras kepada pesta hiburan di Malaysia.

Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung bakal menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival.

Apa yang penting juga adalah Festival Supalapa mampu membantu melonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa.

Dan tentu sahaja melalui Festival Supalapa dengan menghimpunkan lebih 40 bintang atau karyawan seni, penganjuran acara ini menjadi platform terbaik buat pemuzik tempatan berkongsi pentas sekaligus mendapat pengalaman menerusi kemunculan bintang antarabangsa. Kami juga mahu Supalapa menjadi sebuah jenama global untuk festival muzik.

Festival Supalapa bukan sekadar tentang hiburan tetapi kami memberikan keseronokan tanpa limitasi sesuai dengan objektif penganjuran iaitu menjadi hub hiburan yang membuat pengunjung teruja.

Dalam masa yang sama, Pengarah Festival, Addam Al Maleq yakin Festival Supalapa akan menjadi acara hiburan yang menyajikan pengalaman muzik yang luar biasa di Resorts World Awana.

Dengan semua keseronokan yang akan dinikmati ini, jangan terlepas temujanji anda di Festival Supalapa dengan layari supalapa.com untuk pembelian tiket.

The following two tabs change content below.

[ad_2]