Nak beli kereta bukan macam beli sayur di pasar, kena buat pilihan yang penuh teliti bagi memastikan kereta yang dibeli tu bersesuaian dengan gaya hidup korang.
Untuk memudahkan korang membuat pilihan, kami kongsikan beberapa tips bagi membantu korang memilih kenderaan yang tepat!
1. Ikut keperluan
Untuk mereka yang dah berkeluarga kami sarankan untuk memilih kenderaan dengan kapasiti penumpang yang lebih besar. Senang nanti tak adalah berhimpit pula anak beranak dalam kereta kan.
Buat yang bujang pula, korang bebas memilih jenis apa pun. Sama ada kompak sedan mahupun kompak hatchback tidak menjadi masalah. Senang kata pilihan korang lebih banyak.
2. Budget untuk bayaran bulanan
Satu perkara yang korang kena ingat adalah jangan kerana nak bergaya sanggup tanggung hutang melebih kemampuan sendiri. Utamakan keperluan, bukan kehendak dan pastikan pinjaman tidak melebih 15% jumlah gaji bersih.
Semak kelayakan pembiayaan dengan pihak bank terlebih dahulu dan pilih mengikut kemampuan sendiri. Jangan lupa juga untuk membuat perbandingan faedah pembiayaan diantara beberapa bank bagi memastikan korang memperolehi kadar faedah paling rendah.
3. Pilih kenderaan yang menjimatkan penggunaan bahan api
Jimat minyak bemaksud jimat duit! Sebab itu penting untuk korang memilih kenderaan dengan ciri penjimatan bahan api, bukan apa minyak perlu diisi selalu. Dengan cara ini, dapatlah juga korang selamatkan poket korang daripada koyak sebabkan isi minyak je.
4. Kos penyelengaraan
Ambil kira kos pengelenggaraan yang perlu ditanggung dan pilihlah mengikut kadar belanja yang tak memeningkan kepala korang setiap kali nak servis kereta.
Belanja servis kereta ini bukan sikit geng, paling tak kena ada beratus juga. Sebab itu, bila dah ada kereta nanti korang kena pastikan ianya dijaga dengan baik.
Benda asas macam periksa tekanan angin tayar, hidupkan enjin dengan betul dan selenggara secara berkala tu semua kena ambik berat tau, jangan pula tak sampai beberapa tahun kereta dah mula meragam.
5. Ciri keselamatan
Paling penting pilih kenderaan dengan ciri keselamatan yang baik! Tak kiralah dari aspek apa pun korang menilai sesebuah kenderaan tapi hal keselamatan jangan diambil mudah tau. Ia bukan sahaja untuk keselamatan kita malah pengguna jalan raya yang lain juga.
Sekarang dah ada banyak kereta yang dilengkapi ciri keselamatan canggih. Kami sarankan untuk korang berkunjung ke bilik pameran dan pandu uji sendiri untuk lebih memahami ciri dan sistem kenderaan tersebut.
Haa Apa kata korang try pandu uji Perodua Ativa yang direka dengan sistem keselamatan paling up to date!
Tahun ini Perodua melancarkan Perodua Ativa yang memang awesome habis! Bukan sahaja cantik dari segi rekaan luaran dan dalaman. Malah, ianya didatangkan dengan sistem keselamatan canggih dan up to date!
Ativa dilengkapi ciri Perodua Smart Drive Assist yang mana merangkumi Advanced Safety Assist (A.S.A), Driving Assist, Parking Assist dan Headlamp Assist.
Dengan adanya A.S.A ia bakal memudahkan pemanduan korang kerana ia merangkumi 4 sistem hebat termasuk Front Departure Alert (FDA), Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB) dan Pedal Misoperation Control (PMC).
4 sistem ini membantu korang untuk mengendali kenderaan dengan lebih selamat kerana ianya berfungsi secara automatik bagi mengurangkan risiko berlakunya perlanggaran.
Antara salah satunya, sistem ini bakal memberi isyarat kepada pemandu yang sedang berhenti jika kenderaan dihadapan sudah bergerak. Contohnya, jika korang leka berborak dengan member time dekat traffic light sampai tak perasan dah boleh jalan, jadi sistem inilah akan memberi isyarat kepada korang nanti.
Haa best kan? Bukan tu je tau, Ativa juga mempunyai enjin Turbo 1.0L dengan D-CVT yang menjimatkan bahan api. Dianggarkan penggunaan bahan api hanya sekitar 18.9km/l menerusi mod ECE dengan ECOIDLE.
Sementara rekaan badan kereta pula, dibuat menggunakan bahan berketegangan tinggi supaya lebih kukuh, kuat, ringan dan selamat.
Miliki Perodua Ativa dengan bayaran bulanan bermula serendah RM648 sahaja!
Perodua Ativa boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM628 untuk varian turbo 1.0 X (CVT), ia juga ditawarkan dengan pilihan pakej aksesori GearUp yang berkualiti untuk kelainan mengikut citarasa pelanggan.
Korang boleh rujuk rajah di bawah untuk maklumat penuh varian dan harga pasaran Perodua Ativa!
Setiap model diberi jaminan atau waranti selama 5 tahun dan hadir dengan pelbagai pilihan warna termasuk 2-tone metalik istimewa (bumbung berwarna hitam), pearl delima red, pearl diamond white, cobalt blue, granite grey dan glittering silver. (pilihan warna adalah berbeza mengikut varian yang diplih)
Lagi satu yang kami suka sangat pasal Perodua Ativa ini sebab rekaan dalamannya yang terlihat mahal dan tersendiri. Bila korang duduk je dekat seat dia terasa macam bawak kereta mahal berjenama antarabangsa! Haa jangan main-main kereta jenama tempatan kita pun dah setanding antarabangsa okay!
Korang dah teruja ke tu? Kalau dah tak sabar nak tengok sendiri macam mana rupa Perodua Ativa luaran dan dalaman, korang boleh terus ke mana-mana bilik pameran Perodua yang sah berhampiran korang.
Untuk tempahan sesi pandu uji dan sebarang maklumat lanjut mengenai Perodua Ativa pula korang boleh klik di SINI.