[ad_1]
Seperti yang kita tahu, pelakon veteran Datuk Sarimah Ahmad dan Dharma Harun Al-Rashid kini berdepan dengan ujian kesihatan yang telah menjejaskan kehidupan seharian mereka.
Keadaan mereka itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PMX hulur bantuan
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, Setiausaha Politik iaitu Ahmad Farhan Fauzi dilihat mewakili Anwar menziarahi dan menghulurkan sumbangan buat dua pelakon tersebut.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Pengerusi Pakatan Harapan itu berharap agar sumbangan yang dihulurkannya itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi mereka.
Hari ini Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.
Mereka yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing kini diuji dengan musibah penyakit yang amat mengesankan.
Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan mereka.
Di akhir hantarannya, Anwar menitipkan doa agar dua figura itu diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang.
Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah.
Terdahulu, Sarimah yang terkenal dengan filem ‘Madu Tiga’ itu dilaporkan pernah menghidap kanser usus tahap tiga pada tahun 2022 dan kini sudah bebas dan pulih daripada penyakit tersebut selepas menjalani pembedahan.
Sementara itu, Dharma Harun yang terkenal menerusi filem ‘Adik Manja’ pula berdepan dengan beberapa kesan sampingan seperti kesukaran bercakap dan mengingati sesuatu perkara selepas diserang angin ahmar sekitar empat tahun lalu.
[ad_2]