Polis Mengenal Pasti Identiti Anggota yang Memberi Diskaun Saman kepada Warga Asing

Shopee CNY Sale



Polis Perak mengesahkan pihak mereka sudah pun berjaya mengenal pasti identiti anggotanya yang didakwa meminta wang sebanyak RM100 daripada pasangan pelancong United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik beberapa hari lalu.

Siaran media akan dilakukan

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, maklumat lanjut mengenai isu tersebut akan dimaklumkannya menerusi satu siaran media yang bakal diadakan dalam waktu terdekat.

Kami sudah (kenal pasti). Nanti saya berikan siaran media.

Mohd Yusri turut mendedahkan bahawa pasangan pelancong UK berkenaan bersedia untuk memberikan kerjasama terhadap siasatan kes itu.

Terdahulu, tular satu video memaparkan kejadian anggota polis yang didakwa menawarkan diskaun saman trafik bagi kesalahan memandu melebihi had laju kepada pasangan warga UK berkenaan.

Pasangan UK tersebut didakwa memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j) dan melebihi had laju ditetapkan di laluan tersebut iaitu 60 km/j.

MENARIK:  Hael Husaini Menerima Kerjasama Dengan Rakan Artis Dan Komposer, Tidak Mengira Mereka Lama Atau Baru

Walau bagaimanapun, anggota polis berkenaan kemudiannya menawarkan ‘diskaun’ saman daripada RM300 menjadi RM100, jika pasangan UK tersebut membayar terus kepadanya perlu membayar di balai polis.

Kejadian tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale