[ad_1]
Pencipta kandungan dan usahawan terkenal, Khairul Aming bakal melancarkan produk keduanya iaitu Dendeng Nyet Berapi secara eksklusif melalui TikTok Shop pada 2 Februari 2024.
Dendeng Nyet Berapi
Menerusi hantaran di Instagram, Khairul Aming atau lebih mesra dengan panggilan KA telah berkongsi perjalanan awal penghasilan Dendeng Nye Berapi iaitu bermula sejak tahun lepas. Menurut Khairul Aming, langkah pertama yang dilakukan bersama krewnya adalah pemilihan resepi.
Banyak kali kami cuba, tukar itu dan ini. Tapi salah satu proses Research and Development (RND) adalah kita buat satu menu dendeng masa bulan puasa tahun lepas. Kemudian kita minta orang ramai cuba. Dari situ kami ambil feedback untuk develop resepi dan buat penambahbaikan.
Selain itu, pemilihan mesin merupakan antara prosedur penting dalam penghasilan Dendeng Nyet Berapi. Hal ini kerana, mereka perlu menempah mesin tersebut awal beberapa bulan kerana ianya perlu disesuaikan dengan kilang selain menggunakan kos yang sangat tinggi. Dari segi reka bentuk produk, Khairul Aming memilih design yang simple dengan warna yang terang iaitu kuning.
Yang paling penting, produk itu kena selari dengan design yang kita pilih untuk Sambal Nyet Berapi. Sebab kedua-duanya daripada brand yang sama.
Proses seterusnya adalah menguji mesin dan melatih kakitangan tentang cara memasak dendeng. Mereka berhadapan dengan beberapa kali kegagalan pada peringkat awal namun berjaya mengatasi masalah tersebut.
Aku kena ajar mereka dari mula, macam mana nak timbang, nak masak, nak potong semua itulah bagi memastikan semuanya selari dengan resepi. Bila semua dah selesai, kita mulakan production pertama dan dah produce lebih 100,000 unit. Tapi untuk launching kita jual 80,000 unit.
Pada peringkat terakhir sekali adalah dengan melakukan photoshoot untuk tujuan pemasaran. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya termasuk rakan selebriti mengagumi kejayaan Khairul Aming malah menyifatkannya sebagai seorang usahawan yang berjaya dan wajar dicontohi oleh anak muda.
Video
View this post on Instagram
[ad_2]