Pengacara dan pelakon, Raja Azura masih belum temui dengan pengganti baru selepas 14 tahun bergelar ibu tunggal.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Bukan Raja Azura Yang Kahwin Rupanya…
‘Perlahan-lahan undur diri’
Memetik laporan Harian Metro, dia memberitahu ada lelaki cuba mendekatinya namun undur diri selepas mengetahui dirinya mempunyai komitmen dan tanggungan yang besar.
Lelaki kalau dengar nama saya, semua risau sebab wajah dan perangai saya umpama ‘sesumpah’. Boleh berubah mengikut keadaan.
Tidak dinafikan memang ada yang cuba mendekati, tapi perlahan-lahan individu itu akan mula berundur dan menghilangkan diri sebab tak mampu nak jaga saya yang mempunyai pelbagai tanggungjawab dan komitmen.
Semua anak saya sedang menyambung pengajian di universiti dan memerlukan wang belanja yang besar untuk membayar yuran universiti mereka. Kemudian saya dikelilingi dengan banyak hutang yang tak habis bayar lagi.
Selain itu, ada pinjaman lain yang perlu diselesaikan seperti rumah dan kereta serta tanggungjawab saya kepada ibu yang tinggal bersama.
Jadi memang orang tak nak dengan saya ini sebab tanggungjawab yang saya pikul ini sangat besar. Orang dengar pun akan jadi ngeri.
Tiada niat raih perhatian
Mengulas tentang dakwaan menamatkan zaman janda, Raja Azura tidak menyangka ramai pihak membuat pelbagai spekulasi dengan hanya menonton video dirinya menghadiri majlis pernikahan sepupunya itu.
Saya terkejut apabila mendapat panggilan tanpa henti daripada media, rakan-rakan dan saudara-mara. Ramai yang salah sangka dengan video yang saya kongsikan walaupun di ruangan kapsyen saya sudah nyatakan perkataan ‘dari dia bersendirian, kini telah berdua’.
Berita pernikahan itu turut mendapat perhatian anak-anak yang menghubungi saya kerana mereka sedang menduduki peperiksaan. Saya memilih untuk tidak menjawab pada ketika itu sebab sedang sibuk uruskan perkahwinan sepupu.
Cuma bila kisah itu tular saya rasa sangat terharu dan dihargai oleh peminat dan pengikut yang tidak henti mengirimkan doa yang baik-baik buat saya. Namun saya ingin tegaskan di sini, saya tiada niat nak raih perhatian atau tenggelamkan perkahwinan sepupu saya.
Sebelum ini, Raja Azura pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001 namun bercerai pada 28 September 2010.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.