[ad_1]
Rezeki Allah tak salah alamat! Itu kata-kata yang sesuai diungkapkan kepada seorang ibu tunggal yang memenangi pakej menunaikan ibadah umrah daripada jenama baju Melayu popular, Bulan Bintang.
Berkat doa ibu
@official Benarlah, doa ibu tiada hijab dan mustajab ???? # #santai #berkat #doa #ibu #dapat #pakej #umrah #bulanbintang ? original sound – OHBULAN!
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, ibu tunggal itu kelihatan sebak selepas mengetahui impianya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah sudah termakbul.
Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Akmal Firdaus Hushaimi, 23, yang merupakan anak kepada Norharizan Uda Osman, 49, berkata hadiah kemenangan itu diperoleh menerusi peraduan Imbas dan Menang selepas membeli baju melayu daripada Bulan Bintang.
Mak memang sudah lama teringin nak ke Tanah Suci menunaikan umrah. Alhamdulillah, Allah kabulkan dengan menang peraduan Imbas dan Menang Bulan Bintang. Doa ibu memang tak nafi keberkatannya. Mak teringin nak pergi Tanah Suci, lepas tekan tebus, Alhamdulillah impian mak tercapai.
Mak memang tak sangka dan sampai sekarang masih tak percaya yang dia menang umrah. Memang itu impian dia dan terima kasih banyak banyak untuk pengasas Bulan Bintang kerana merealisasikan impian mak.
Meri hantar sendiri hadiah
Gara-gara video viral yang sudah mencecah lebih 1 juta tontonan, pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi atau Meri turun padang sendiri bertemu ibu tunggal itu di Ipoh, Perak.
Menerusi video temu bual Meri dengan Norharizan, ibu tunggal itu memberitahu dia membeli tiga helai baju melayu untuk anak-anak lelakinya. Namun, tidak terlintas lansung di fikiran hasrat yang sudah tiga tahun dipendam akhirnya tercapai.
Saya beli tiga pasang baju Melayu untuk tiga orang anak teruna saya. Pada mulanya, anak saya mahukan PS5 jika ada rezeki memenangi peraduan ini. Pada saya, jika ada rezeki, Insya-Allah. Cubaan pertama untuk anak sulung, kami tidak memenangi sebarang hadiah dan untuk anak kedua pula, kami memenangi baucer.
Bagi percubaan terakhir, anak-anak mahukan saya sendiri yang menekan telefon pintar. Saya hanya bertawakal dan tak sangka saya memenangi pakej Umrah. Syukur Alhamdulillah.
Saya dah tiga tahun tanam impian, tak sangka bila beli baju Melayu Bulan Bintang untuk anak-anak, ini yang saya dapat. Bagi kami yang kurang kemampuan, inilah rezekinya. Saya memang terharu kerana tak sangka, rezeki saya nak tunai Umrah, nak melihat Kaabah bakal tercapai, Alhamdulillah. Allah dah jawab doa saya.
@meripergibulat Rezeki tak pernah salah alamat. Tahniah lagi sekali kak, jangan lupa doakan Bulan Bintang ye ?? #bulanbintang ? original sound – meri yang busy
Tambah Norharizan, dia tidak menyangka rezeki kali pertama berbelanja baju sedondon untuk anak-anak menjadi punca rezeki untuk dirinya menunaikan ibadah terbabit.
Saya belum pernah ke Makkah, tahun lalu kakak saya sekeluarga ada ke sana. Saya gembira lihat mereka tapi saya sayu kerana saya memasang keinginan itu, tetapi Allah masih belum izinkan. Selepas saya menang peraduan itu, saya tertanya, betul ke? Bukan ‘scam’ ke? Anak cakap tak, memang betul dapat.
Saya membeli baju sedondon berwarna biru untuk anak-anak saya pakai di Hari Raya nanti sebab sebelum ini, kami tak pernah merasa. Saya tak sangka, rezeki pakej umrah ini yang saya dapat selepas berbelanja untuk anak-anak.
Norharizan memenangi pakej Umrah untuk dua orang dan ia bernilai RM12,090 untuk setiap seorang.
Menerusi kempen Terrrrpaling Raya Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai lebih RM3 juta untuk semua pelanggan tahun ini.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah 10 Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999, pakej umrah, Ipad, Sony Headphone dan banyak lagi.
[ad_2]