Rosyam Nor Minta Beri Peluang Kepada Pendatang Baru untuk Berlakon Seperti Saya Dulu

Shopee CNY Sale



Pengarah dan pelakon, Datuk Rosyam Nor merasakan tidak adil untuk melabel artis baharu sebagai tidak berdisiplin dan ‘kayu’ dalam lakonan.

Artikel berkaitan: Rosyam Nor Selesa Simpan Hal Peribadi – ‘Saya Bukan Kepunyaan Keluarga Saja, Tapi Kepunyaan Peminat’

Artikel berkaitan: Rosyam Nor Tak Setuju Artis Bermasalah Kena ‘Banned’, Minta Beri Ruang Perbaiki Diri – ‘Tak Ada Orang Nak Buat Silap’

‘Beri peluang mereka berubah’

Menurutnya, peluang harus diberikan kepada pendatang baru untuk membuktikan bakat mereka.

Kadang-kadang mereka masuk ke dalam industri, mereka tak tahu lagi ‘permainan’ dia. Tapi, lama kelamaan mereka akan berubah. Bagi masa dan peluang untuk mereka berubah.

Jujurnya, zaman saya dulu, ramai tak artis yang tak berdisiplin? Ramai. Tapi, apabila mereka dah matang, mereka berdisiplin kerana mereka tahu ini kerja mereka.

Jadi, saya tak boleh terima kalau orang kata artis baharu ini tak ada disiplin, kayu, itu dan ini. Sama saja. Zaman saja berubah. Mereka orang baru kan. Saya dulu berlakon pun macam ‘tahi’ juga.

Dalam pada itu, pelakon Memoir Seorang Guru ini memberitahu industri perlu lebih terbuka menerima perubahan seiring peredaran zaman.

Bagi lah peluang pada mereka. Kalau sekarang ‘influencer’ daripada media sosial jadi artis sama juga dulu model di majalah jadi artis. Yang berbeza hanya platform dan zaman berbeza.

Jangan kecam. Revolusi media sosial adalah zaman sekarang. Jadi, bagi saya sebagai orang yang lebih senior, saya menggalakkan sebab industri kita berkembang.

Sekarang TV dah ada berapa saluran, kita ada filem, kita ada media sosial, kita ada OTT, kita memerlukan ramai bakat-bakat baharu. Tapi, kalau tak diberi peluang kepada mereka, tak bolehlah begitu.

Rosyam berkata demikian semasa ditemui di sesi lawatan ke set penggambaran filem Keluang Man di Bandar Malaysia, semalam.

MENARIK:  Jemputan Ruhainies kepada Aliff Aziz untuk 'makan malam' bersama keluarga di rumah sembari menunggu kedatangan Risteena

Dalam perkembangan lain, Rosyam turut terlibat membawakan watak Ahmad dalam filem aksi komedi adiwira yang diadaptasi daripada siri animasi Keluang Man.

Selain Rosyam, filem Keluang Man ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Nas T, Anwaar Beg Moghal, Shweta Sekhon dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale