Sabella Membawa Koleksi Baju ‘Raya Paling Comel’ Bersama Siti Nordiana Sebagai Duta Rasmi

Shopee CNY Sale



Sabella pada Ahad lalu melancarkan koleksi baju ‘Raya Paling Comel’ dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Koleksi ini hadir dengan pelbagai rekaan dan pilihan pilihan warna yang pastinya bakal menyerlahkan aura si pemakai di pagi raya nanti.

Melalui majlis yang sama, Sabella juga berbesar hati untuk memperkenalkan duta rasmi mereka untuk koleksi tersebut.

Siti Nordiana wajah ‘Raya Paling Comel’ 2024

Sabella mengangkat penyanyi popular, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana sebagai duta rasmi koleksi raya untuk tahun ini.

Istimewa pada malam pelancaran tersebut, Nana sempat memperagakan lebih kurang 11 jenis rekaan daripada koleksi berkenaan dan menandatangani kontrak sebagai duta rasmi ‘Raya Paling Comel’.

Turut sama meraikan momen penting pada malam itu adalah pengasas Sabella, iaitu pasangan suami-isteri Puan Siti Fatimah Abdul Samat serta Mohd Sufian Sulaiman.

Sufian yang sempat ditemu ramah berkata “koleksi penuh ‘Raya Paling Comel’ akan dikeluarkan secara berperingkat dengan beberapa rekaan dikeluarkan terlebih dahulu bermula sekarang.

“Sementara, koleksi penuh bakal dipasarkan tidak lama lagi.”

Koleksi ‘Raya Paling Comel’ punya potongan terletak ala-ala ‘custom made’

Menariknya, kali ini ini Sabella masih mengekalkan konsep baju raya tanpa gosok seperti tahun sebelumnya bagi memudahkan korang untuk beraya dengan selesa dan ‘effortlessly’.

Apa yang membezakan Sabella dengan koleksi baju raya lain adalah potongan setiap baju yang terletak cantik, membuatkan ia nampak seperti ‘custom made’.

Bahan yang digunakan juga lebih berkualiti tinggi dan lembut di badan. Paling penting, tetap tak payah gosok!

MENARIK:  Rumah Tangga ND Lala & Fauziah Berakhir Setelah 34 Tahun Kahwin

Perkara tersebut dipersetujui Nana sendiri yang menyifatkan bahawa beliau tidak perlu membuang masa dengan menggosok baju, hanya perlu sarung dan boleh terus gayakan persalinannya bersama perhiasan peribadi.

“Bahan dan kualiti kain baju Sabella juga berbeza dengan kebanyakkan koleksi lain di luar sana, ia berkualiti tinggi dan tak mudah lusuh.

“Baju akan sentiasa nampak elegan, terletak potongannya dan terlihat seperti ‘custom made’.” tambah Nana lagi.

Jom ‘Raya Paling Comel’ dengan Sabella

  

Buat korang yang dah tak sabar nak beli koleksi ‘Raya Paling Comel’, korang boleh berbuat demikian melalui laman web rasmi Sabella di SINI ataupun muat turun aplikasi Sabella di Apple Store dan juga Google Play Store. 

Istimewa buat untuk korang yang berada di Lembah Kelang, kalau buat pesanan pada hari ini korang akan dapat baju korang dalam masa dua hari je! Cepat dan mudah! Jadi, apa tunggu lagi? Jom lah pesan sekarang!

Jangan lupa juga untuk ikuti Facebook dan Instagram Sabella untuk mengetahui promosi terkini mereka.

The following two tabs change content below.



Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale