[ad_1]
Penyanyi dan juga pelakon jelita Nabila Razali sering mencuri perhatian apabila dia semakin terbuka untuk berkongsi video dan trend di TikTok sehingga peminat mengusiknya sebagai ‘rosak’ dan semakin kelakar.
Terbaharu, Nabila menjelaskan bahawa dia sekadar mengikut trend terkini dan mahu mendekatkan diri dengan peminat.
‘Saya masih orang sama’
Memetik laporan Berita Harian, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mendedahkan dia masih orang sama dan hanya orang yang terdekat saja tahu bagaimana perangainya yang sebenar.
Menurut Nabila, dia cuba berkongsi video yang lebih santai supaya peminat lebih mengenali personalitinya yang sebenar.
Tak adalah rosak, saya masih orang sama. Mungkin sebelum ini, saya jarang muat naik hantaran seperti itu, tetapi sekarang, lebih kerap.
Bagi mereka yang kenal saya seperti kawan-kawan dan keluarga, mereka tahu saya macam mana. Jadi, saya tidak fikir ia isu yang perlu diperbesarkan.
Sebelum ini, ada yang kata saya sukar didekati. Sekarang saya cuba kongsi video lebih santai agar peminat ingin kenali personaliti sebenar saya.
Tambah penyanyi berusia 32 tahun itu, ia bukanlah satu kesalahan yang besar selagi video yang dikongsi itu tidak menjatuhkan maruah diri dan keluarga.
Ada yang cakap mentang-mentang sudah ‘settled’ (berkahwin), dia boleh buat apa yang dia mahu. Bagi saya, kenyataan itu kelakar. Tiada sebab apa pun, cuma saya hanya mahu kongsi dalam media sosial saja.
Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi Sabtu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
[ad_2]