“Saya Seorang Yang Bertanggungjawab Terhadap Mereka, Segala-Galanya Saya Tempuhi Sahaja” – Rita Rudaini

Shopee CNY Sale



rita rudaini anak

Pelakon, Rita Rudaini menyifatkan kedua-dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sebagai harta yang paling berharga dan dia sanggup berkorban apa sahaja demi mereka meskipun berdepan dengan pelbagai ujian.

Pengorbanan seorang ibu

rita rudaini anak

Menerusi luahannya di Instagram (IG), Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata kehadiran cahaya mata telah mengubah kehidupannya daripada seorang yang sibuk dengan kerjaya kepada ibu yang sentiasa mengutamakan anak-anak.

Dulu masa sebelum ada dua lelaki ini..saya kerja ‘back to back’ sebab bosan di rumah seorang. Sejak ada mereka, hidup saya berubah. Saya kerja sebulan dan dua ke tiga bulan saya akan rehat untuk luangkan masa dengan mereka dan selepas itu kalau mereka ada sekolah, saya takkan ambil job yang outstation. Saya kena tolak, tak apa bagi saya rezeki tetap ada. Saya kena pandai bahagikan masa untuk mereka kerana masa kecil mereka tidak akan datang kembali, saya kena berkorban.

Sebagai seorang ibu tunggal, aktres ini mengakui dia pernah berada pada fasa sukar dalam hidupnya apabila perlu menanggung segala masalah dan emosi sendirian.

Ya, saya seorang yang tanggung mereka, segala-galanya. Pedih, suka, duka saya rempuh saja. Saya pernah tiga tahun hilang pekerjaan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama macam orang lain juga tapi yang makan gaji, gaji tetap jalan..yang tak makan gaji macam saya? Masak..dan tak dibenarkan kerja sebab tak vaksin. Macam mana saya dan anak-anak survive? Segala simpanan saya gunakan dan berharap hanya pada Allah permudahkan segala-galanya buat kami.

Bagaimanapun, jerih perih yang ditanggung pelakon berusia 47 tahun itu berbaloi apabila dia dapat memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anaknya.

Segala yang terbaik saya nak untuk anak-anak saya, saya korbankan kehidupan saya, keinginan saya hanya untuk kehidupan anak-anak. Susah payah saya berbaloi bila saya dapat bagi pendidikan yang terbaik dan selesa untuk anak-anak.

Bukan nak berlagak bagi sekolah ‘private school’ tapi saya tak pernah rasa masa kecil. Apa salahnya saya tengok anak-anak saya merasa. Memang belanja agak besar untuk saya tanggung seorang, tapi bagi saya..nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saya rempuh juga dalam keadaan ‘struggle’ dan nyawa-nyawa ikan juga lah.

Tapi saya percaya Allah bersama saya, apa yang ada dalam hati saya hanya Allah yang tahu. Saya selalu pegang kata-kata ini dalam hati saya insyaAllah, Allah akan permudahkan. Ada orang yang lagi susah dari kita, kata-kata ini juga selalu saya bagi pada anak-anak. Saya kata ‘walaupun keluarga kita tak sempurna macam orang lain, tapi kita boleh bahagia cara kita’.

Anak-anak fokus utama

rita rudaini anak

Menurut Rita, keutamaannya kini adalah masa depan dan kebahagiaan anak-anak walaupun tidak mudah untuk membesarkan mereka.

MENARIK:  Tips Meningkatkan Diri Anda Di Bulan Ramadhan

Dalam pada itu, Rita juga memahami perasaan setiap ibu tunggal yang mengalami situasi yang sama dengannya.

Ibu tunggal macam saya ini tak tahulah bila kali terakhir perkataan penat dan letih keluar dari mulut dan bila kali terakhir menangis kepenatan. Sebab saya tak sempat untuk melayan perasaan-perasaan itu kerana terleka dengan figura anak-anak kecil yang makin ‘membujang’ depan mata saya. Saya percaya juga, ibu-ibu tunggal dan ‘single parent’ di luar sana sama macam saya dan punya kisah-kisah sendiri.

Saya dah lama tak kisah hal diri saya kerana sekarang ini adalah kisah mereka. Hanya yang terbaik selagi saya mampu. Doakan mummy sentiasa kuat, mummy ok seorang selagi kamu ada. Melihat kamu membesar depan mata dah cukup bahagiakan seluruh hidup mummy.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengulas sukan TV3, Akbar Shaari pada 1999. Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.

Rita kemudian berkahwin sekali lagi dengan pemain bolasepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan pada 2008. Namun mereka disahkan bercerai pada 2013. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale